Bersedia untuk satu lagi kisah tentang hubungan
Zahirah MacWilson dan Zul Ariffin yang sudah jelak anda baca sejak beberapa
minggu lalu? Okay, kami akan tulis juga walau apa bantahan anda.
Dalam satu kenyataan kepada media baru baru ini,
Zahirah MacWilson menolak dakwaan ramai yang mengatakan beliau merampas Zul
Ariffin dari kekasihnya sebelum ini dan mendakwa mula mengenali pelakon lelaki
itu ketika dirinya sudah solo.
“Saya tidak rasa diri sebagai seorang perampas
kerana ketika saya dan Zul mula rapat, dia sudah solo. Saya tidak akan berkawan
rapat dengan milik atau kekasih orang lain,” jelasnya kepada Berita Harian baru
baru ini.
Zahirah MacWilson juga mengulangi kenyataan sebelum
ini yang belum mahu melabelkan hubungan mereka sebagai sedang bercinta tetapi
lebih kepada fasa mengenali hati budi masing masing.
“Kami memilih untuk tidak meletakkan label pada
hubungan kami kerana ianya masih baru lagi. Tidka timbuk istilah ingin
merahsiakan hubungan kai pada umum kerana kami berada di tempat terbuka untuk
berjumpa,” tambahnya.
Beliau turut
berkata yang ibu bapanya juga tidak menghalang hubungan bersama Zul Ariffin
malah meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya untuk mengorak langkah dalam
dunia hiburan tempatan.
0 Response to "ZAHIRAH MACWILSON PERJELAS ISU RAMPAS ZUL ARIFFIN"
Post a Comment