Pihak pengurusan The Curve menafikan dakwaan
pelakon Zul Ariffin berhubung isu Zahirah MacWilson hampir diculik di pusat
membeli belah berkenaan semalam.
Menurut Pengurus The Curve, Jazmi Kamarudin,
pihak pengurusan telah memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV), namun
tidak menjumpai sebarang bukti seperti yang didakwa pelakon itu.
"Pihak The Curve turut menghubungi pihak
berkuasa dan turut dimaklumkan setakat jam 4.30 petang, tiada laporan polis
dibuat oleh pihak yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, menerusi laman mikro Twitter milik
pelakon itu, Zul Ariffin memberitahu Zahirah nyaris di culik di pusat membeli
belah The Curve.
Sementara itu, menurut The Curve lagi, pihak
terlibat (Zahirah Mac Wilson) menerusi laman Instagramnya menyatakan kejadian
tersebut berlaku di luar pusat membeli belah The Curve bukanlah seperti yang
didakwa sebelum ini.
"Pihak kami turut sedang cuba menghubungi pihak
terlibat dan akan cuba membantunya walaupun kejadian tersebut tidak berlaku di
premis kami," ujarnya.

0 Response to "Zul Ariffin Buat Tuduhan Melulu - Pengurusan The Curve"
Post a Comment