Kota Bharu: Jenazah seorang wanita berusia 37
tahun berat badannya 200 kilogram (kg) terpaksa dibawa turun dari tingkat satu
rumah kedai di Jalan Bayam di sini, dengan bantuan bomba menggunakan tali, hari
ini.
Zaima Abdullah yang mempunyai kencing manis dan
sakit jantung, dipercayai meninggal dunia malam tadi.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota
Bharu Ismadi Mohamad Said berkata, mangsa yang menjalankan perniagaan membekal
barangan basah bersama keluarganya mahu tidur di premis itu dan tidak mahu
pulang ke rumahnya di Kampung Tikat, Jalan PCB.
Katanya, ahli keluarga memujuk mangsa supaya
pulang ke rumah namun dia enggan dan pagi tadi, ahli keluarganya cuba
menghubungi mangsa namun panggilan telefon tidak dijawab.
"Keluarganya kemudian ke premis berkenaan dan
melihat mangsa sudah meninggal dunia dalam bilik tidur dan cuba membawa keluar
wanita melalui tangga namun tidak berjaya.
"Bomba mengambil masa satu jam setengah untuk
membawa keluar mangsa menggunakan pengusung yang diikat dengan tali dan dibawa
turun ke atas jentera," katanya di sini, hari ini.
0 Response to "Foto Jenazah Perempuan Paling Gemuk 200KG Meninggal Dunia Di Malaysia Tersebar"
Post a Comment