
Hak
monopoli sebagai stesen TV berbayar tunggal negara, Astro akan tamat pada 28
Februari 2017.
Lapor
Bernama, Kementerian Komunikasi Dan Multimedia telah mengedarkan laporan
bertulis di Dewan Rakyat pada 1 Disember lalu menyatakan hak eksklusif terhadap
Measat Braodcast Network Systems(Malaysia) Sdn Bhd dikekalkan berasaskan prinsip
kedudukan "no worse off" semasa penghijrahan Lesen Penyiaran kepada Lesen
Individu Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan.
Hak
monopoli ini diberi oleh kerajaan Malaysia pada syarikat penyiaran itu pada
tahun 1997 di bawah Akta Penyiaran 1988 dan seterusnya MBNS berhijrah kepada
akta baru di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM98)
Sungguhpun
kontrak eksklusif sebagai penyiar TV berbayar bakal tamat pada penghujung
Februari 2017, ASTRO masih lagi berpeluang untuk meneruskan perkhidmatan TV
berbayar, cuma hak sebagai stesen TV berbayar tunggal di negara ini tidak akan
wujud lagi.(Hak Eksklusif)
Ini
kerana menjelang tahun 2017, kerajaan akan memberi peluang kepada
syarikat-syarikat penyiaran lain untuk memohon perkhidmatan TV berbayar melalui
satelit selepas 28 Februari 2017
0 Response to "Hak Eksklusif Astro Akan Tamat, Pesaing Baru Bakal Tiba"
Post a Comment