
Kejadian
malam 2 Disember 2015
Semasa
saya mahu membuat kuih, semua bahan ada di atas meja. Kemudian teringat ada
Baking Powder yang baru dibeli dari pasar raya Ceong Loong Fajar, Sandakan. Tak
pernah guna jenama Royal botol tin merah sebelum ini.
Jadi
saya bukan tin itu dulu. Selepas buka penutup plastik, ada penutup tin lagi yang
seperti digunakan pada tin makanan biasa. Saya baru saja tarik kunci penutup
itu, tiba-tiba saja meletup. Serbuknya keluar, habis semua dinding dan silling
terkena.
Malangnya
serbuk baking powder itu juga masuk ke dalam mata. Dalam seminit saya tidak
nampak apa-apa, pengelihatan saya menjadi gelap.
Selepas
dicuci dan menangis, alhamdulillah dah boleh nampak cahaya tetapi 100% kabur.
Mata terasa sangat sakit dan keluarga terus segera membawa saya ke
hospital.
Di
wad kecemasan, saya diberi rawatan mencuci mata. Menurut pegawai kesihatan yang
bertugas, banyak baking powder yang masuk ke dalam mata saya terlalu banyak dan
telah menjadi selaput.
Keesokan
harinya selepas mencuci mata buat kali kedua, baru ada legah tetapi masih berasa
ada sesuatu di dalam mata sebelah kiri. Lalu saya dirujuk pada Pakar
Mata.
Pandangan
mata saya masih lagi kabur sehingga kini. Kepada orang ramai, berhati-hati
ketika membuka penutup tin Baking Powder jenama Royal ini.
Mohon
KPDNKK bantu saya dan beritahu apa yang perlu saya buat. Saya mahu mengambil
tindakan sewajarnya namun pada siapa yang perlu saya rujuk? Pengilang atau
peruncit? Sebab ramai yang menggunakan jenama ini juga namun tidak pernah
kejadian seumpama ini berlaku. Atau mungkin masalah cara penyimpanan peruncit? -
Didi Marinah
0 Response to "HATI - HATI BILA GUNA JENAMA INI"
Post a Comment