Jawapan Balas Yang 'Rare' dari Dato Siti Nurhaliza Kepada Peminat Yang Mencerca Keguguranya..


WANITA yang menggunakan identiti 'imFawziaariff' memohon maaf melalui Twitternya. 
KUALA LUMPUR : Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza, 36, membuktikan beliau mempunyai keperibadian mulia dan tidak mudah melatah biarpun diduga kata-kata negatif. 

Meskipun sedang berduka, Siti tidak melatah walaupun ada peminat melemparkan tohmahan mendakwa beliau keguguran kerana kerjayanya sebagai penyanyi yang dianggap haram. Wanita yang menggunakan identiti 'imFawziaariff' itu membuat permohonan maaf kepada penyanyi nombor satu negara itu kerana terlanjur kata. 

"Saya meminta maaf dengan apa yang saya telah katakan kepada Siti semalam. Dengan ikhlas saya berharap supaya Allah dapat mengampunkan keterlanjuran saya dan saya berharap Siti sentiasa dirahmati sehingga ke akhir hayatnya," tulis wanita itu di Twitter. Pelantun lagu Terbaik Untukmu itu mengambil pendekatan mendiamkan diri ketika kontroversi mengenai berita kehamilannya menjadi viral. 

Sebagai seorang artis yang sudah lama menapak dalam dunia seni, Siti tidak mudah tersinggung dan melatah dengan kontroversi begitu. "Subhanallah...Kak, semua orang ada khilafnya dan Siti juga tidak terkecuali. Sama-sama kita saling memaafkan dan melihat kekurangan diri...Alhamdulillah," jawab Siti. 

Sikap profesional dan mulia Siti itu mencerminkan keperibadian beliau sebagai seorang insan yang mulia. Beliau masih mampu tersenyum manis biarpun diduga pelbagai kontroversi. Tidak hairan Siti berada di kedudukan sendiri dalam persada seni tempatan.

0 Response to "Jawapan Balas Yang 'Rare' dari Dato Siti Nurhaliza Kepada Peminat Yang Mencerca Keguguranya.."

Post a Comment