Jika sebelum ini
rahsia penyanyi Stacy memeluk Islam terbongkar gara-gara gambar kandid seorang
peminat di pejabat agama, terkini Marsha pula didakwa mengunci mulut sesudah
memeluk Islam.
Ini kerana, bila ditanya media, Marsha enggan mengulas
dakwaan tersebut dan memerlukan sedikit ruang agar hak privasinya
dihormati.
"Saya minta maaf, saya tidak dapat berkongsi sepenuhnya
kepada semua. Apa pilihan hidup saya, siapa diri saya selepas ini dan siapa yang
akan gembirakan saya, itu adalah hak saya. Bagi saya, setiap orang punyai
privasi hidup masing-masing, malah saya juga perlu menghormati setiap hati dan
perasaan sebelum membuat sebarang kenyataan.
"Tetapi sudah tentu setiap
doa daripada peminat dan orang di sekeliling sangat membantu. Saya sangat
menghargai kebaikan orang yang sentiasa berdoa buat diri saya,” ujarnya melalui
WhatsApp.
"Saya enggan berkongsi lebih lanjut mengenainya kerana
mempercayai tiada siapa yang dapat memahami keadaan saya buat masa ini,"
tambahnya dipetik sebagai berkata melalui Kosmo.
0 Response to "MARSHA ENGGAN ULAS ISU TUKAR AGAMA"
Post a Comment