Kenyataan pelakon yang membuka tudung kerana kerja bukan satu kenyataan
popular di kalangan peminat dan pastinya ia bakal mengundang kritikan ramai yang
kurang senang dengan mereka yang sesuka hati membuka dan menutup aurat mengikut
keperluan.
Menyedari perkara ini, Normah Damanhuri mengakui beliau
seorang manusia yang masih memperbaiki diri menjadi seorang Muslimah yang lebih
baik dan tindakan beliau membuka tudung hanyalah semata mata menuntut kehendak
kerja dan mencari rezeki.
“Sebenarnya saya sudah mula bertudung
selepas pulang dari umrah pada tahun 2011. Tetapi saya mencari rezeki dan kalau
diperlukan tidak bertudung, saya tidak boleh tolak”
“Mungkin ada yang
kurang senang dengan kenyataan ini. Tetapi saya akan cuba memperbaiki diri
menjadi seorang Muslimah yang lebih baik,” jelasnya kepada mStar Online.

Terbaru, pelakon berusia 61 tahun ini dilihat tidak mengenakan tudung dan
ada masanya hanya memakai selendang di kepala ketika menjayakan drama Tuan Anas
Mikael yang popular di saluran Astro Ria.
Sumber: Rotikaya
0 Response to "Normah Damanhuri: Saya Buka Tudung Pun Kerana Mahu Cari Rezeki"
Post a Comment