HARRY Styles, satu nama yang
tidak asing dalam kalangan remaja di luar sana terutamanya remaja perempuan
seluruh dunia.Selain berbakat dalam bidang
nyanyian, dia yang popular menerusi band One Direction juga sudah boleh digelar
sebagai salah seorang ikon fesyen masa kini.
Apa tidaknya, Harry yang
sememangnya menjadi kegilaan ramai kini dilihat sering muncul ke acara-acara
muzik dengan mengenakan pelbagai fesyen yang menarik serta
berwarna-warni.
Ia lari daripada kebiasaan
selebriti lelaki lain yang lebih gemar mengenakan sut selamat ketika menghadiri
sebarang majlis hiburan.

Beliau menyatakan, fesyen
pada masa kini tidak terikat kepada gender sahaja, sebaliknya semua orang bebas
memakai apa sahaja, baik yang berbunga-bungaan, berwarna-warni dan sememangnya
fesyen baginya adalah universal.
Harry baru-baru ini muncul
di American Music Awards mengenakan sut floral rekaan Gucci lengkap
dengan seluar yang menggunakan motif yang sama.

Mungkin selepas ini gaya
dan inspirasi fesyen anak muda berusia 21 tahun ini akan dijadikan inspirasi
buat ramai lelaki muda di luar untuk tampil lebih berani dan bersahaja dengan
mengenakan apa sahaja fesyen yang bersesuaian.
0 Response to "Peminat Gelar Harry Styles Sebagai “King Of Fashion”"
Post a Comment