
SEOUL
– Kisah cikgu wanita yang comel sering diperkatakan pelbagai
pihak sejak zaman dahulu lagi sehingga pernah berlaku, ramai bapa sanggup
‘rajin’ menghantar anak ke sekolah semata-mata mahu melihat guru
tersebut.
Terbaharu, beberapa foto
menunjukkan seorang guru berwajah cantik yang dikatakan selama ini mengajar di
sebuah sekolah menengah di Korea Selatan telah mencetuskan sensasi ramai netizen
di ‘negara kimchi’ berkenaan.
Kejelitaan dan kecomelan
tubuh badannya tidak hanya ‘menggetarkan jantung’ para pelajar lelakinya di
sekolah yang memang pun tiada penuntut perempuan itu, tetapi juga pengguna media
sosial tempatan yang melihatnya.

Wanita bernama Lee Nayeong
tersebut sepatutnya menjadi seorang artis hiburan daripada berkhidmat sebagai
guru, malah dilaporkan cikgu ayu ini ‘dinobatkan’ sebagai antara tenaga pendidik
paling cantik di Korea Selatan.
Umumnya selama ini,
kecantikan gadis tempatan selalu diragui kerana dianggap hasil pembedahan
plastik yang memang cukup popular di negara tersebut dan doktor kosmetik Korea
Selatan sendiri adalah terbaik di dunia.
Namun, berbeza dengan
kebanyakan artis wanita, Nayeong memang memiliki kecantikan alami sejak kecil
lagi sehingga pernah dilaporkan semua guru lelaki ‘suka’ memandang wajahnya yang
manis secara semula jadi itu.

Ketika masih lagi belajar
di sebuah universiti tempatan, Nayeong bahkan pernah berjaya masuk sehingga ke
peringkat saringan kelayakan terakhir untuk pertandingan ratu cantik tahunan
yang terkenal, Miss Korea.
Kecantikan dan bakat
Nayeong yang dilahirkan pada 1985 itu ibarat model sensasi telah membuatkan
tempat dia mengajar tersebut turut menjadi terkenal di seluruh ‘negara ginseng’
berkenaan. – Agensi

0 Response to "Pergh ! Guru Korea Ini Amat Cantik Hingga Tiada Pelajar Sanggup Ponteng"
Post a Comment