Sembilan Pemimpin Cawangan UMNO Teluk Kemang Dihalau



KUALA LUMPUR – Sembilan pemimpin UMNO Teluk Kemang, yang menuntut Datuk Seri Najib Razak berundur, hari ini mengadakan sidang media berhubung perkembangan terkini Perhimpunan Agung Umno 2015.

Bagaimanapun, jurucakap kumpulan itu, Datuk Mohamad Zin Mustafa berhenti ketika sekumpulan ahli Umno diketuai Ketua Melayu Bersara Angkatan Tentera Veteran Mohamad Ali Baharom (Ali Tinju) datang dan melaungkan “Hidup Presiden Umno” dan “Hidup Najib” di hadapan sebuah bilik Perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Terdahulu, lapan daripada sembilan Ketua Cawangan di Bahagian Teluk Kemang digantung enam tahun oleh Tribunal Disiplin UMNO, susulan desakan secara terbuka agar Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai presiden parti itu.

Kesemua mereka telah dirujuk ke jawatankuasa itu pada 2 Disember lalu, sebelum keputusan penggantungan daripada parti itu yang dimaklumkan menerusi surat sehari kemudian.

Sumber

0 Response to "Sembilan Pemimpin Cawangan UMNO Teluk Kemang Dihalau"

Post a Comment