
China: Sekumpulan doktor di sebuah hospital di
sini mengeluarkan penyepit besi dari perut seorang lelaki yang menelan objek itu
kerana terlalu marah ketika bertengkar dengan isterinya.
Ketika pembedahan berkenaan doktor juga
terkejut apabila turut menemui tiga pemetik api yang sudah berkarat di dalam
perut lelaki itu.
Lelaki yang dikenali sebagai Hua, 42,
memberitahu doktor, pemetik api itu ditelannya ketika bergaduh dengan isterinya
beberapa tahun lalu.
Katanya, dia sering bertengkar dengan isterinya
menyebabkan dia hilang sabar dan bertindak menelan objek berkenaan.
Dalam kejadian baru-baru ini, lelaki itu
bertengkar dengan isterinya kerana berebut menonton rancangan televisyen.
0 Response to "Telan Penyepit Besi Kerana Marah"
Post a Comment