10 FAKTA MENARIK TENTANG LEGO YANG ANDA WAJIB TAHU!


Sebut je “LEGO” bukan kanak kanak sahaja suka, malah orang dewasa juga sangat teruja untuk memiliki koleksi lego mereka sendiri. Tapi tahukah anda, ada 10 Fakta Menarik Tentang Lego Yang Anda Wajib Tahu!

1. The Lego Group ditubuhkan pada tahun 1932 di Denmark, bermula dengan tukang kayu yang kecil tapi siapa sangka hari ini Lego merupakan syarikat pengeluar mainan terbesar didunia.

10 Fakta Menarik Tentang Lego Yang Anda Wajib Tahu!1

2. Pada tahun 2000, lego dinamakan sebagai “Toy of the Century” oleh British Association of Toy Retailers. Sekaligus berjaya mengatasi kedudukan “Barbie“.

10 Fakta Menarik Tentang Lego Yang Anda Wajib Tahu!2

3. Pada Februari 2015, Lego mengantikan syarikat kereta mewah no 1 di dunia “ferrari” sebagai jenama paling berkuasa di dunia.

10 Fakta Menarik Tentang Lego Yang Anda Wajib Tahu!3

4. Lebih daripada 4000 bilion lego brick telah dihasilkan sejak tahun 1958. Ini bermakna secara kasarnya setiap manusia yang ada didunia ini masing masing memiliki 62 kepingan lego setiap seorang.

10 Fakta Menarik Tentang Lego Yang Anda Wajib Tahu!4

5. Dianggarkan semasa setiap sambutan Krismas, sebanyak 28 set dijual setiap saat. Ini bermakna 1680 yang dijual setiap minit, 100800 setiap jam, dan sebagainya.

10 Fakta Menarik Tentang Lego Yang Anda Wajib Tahu!5

6. Hanya 18 keping dalam setiap 1 juta pengeluaran Lego yang dibuang semasa proses pengeluaran, ini bermakna acuan pembuatan Lego sangat tepat! Hanya segelintir yang tidak memenuhi standart dan kualiti pengeluaran.

10 Fakta Menarik Tentang Lego Yang Anda Wajib Tahu!6

7. Set lego yang paling besar di komersialkan adalah Taj Mahal. Set ini mengandungi sebanyak 5900 keping Lego.

10 Fakta Menarik Tentang Lego Yang Anda Wajib Tahu!7

8. Nathan Sawaya, seorang artis dari New York yang pertama membawa lego ke dunia seni secara eksklusif! dan mempunyai banyak pameran diluar negara yang dinamakan sebagai “The Art Of Brick”

10 Fakta Menarik Tentang Lego Yang Anda Wajib Tahu!8

9. Pelajar di John Dickinson High School di Delaware membina menara LEGO terbesar di dunia pada tahun 2013. Dengan ketinggian 112 kaki, dan mengandungi lebih 500,000 lego brick.

10 Fakta Menarik Tentang Lego Yang Anda Wajib Tahu!9

10. Pada tahun 2009, seorang lelaki bernama James Mei di Surrey, England, membina rumah LEGO bersaiz penuh yang pertama di dunia, dengan menggunakan 3.3 juta lego brick. termasuk tandas, bilik, dan katil yang semua diperbuat daripada Legos.


10 Fakta Menarik Tentang Lego Yang Anda Wajib Tahu!10

0 Response to "10 FAKTA MENARIK TENTANG LEGO YANG ANDA WAJIB TAHU!"

Post a Comment