Google Street View adalah salah satu aplikasi
oleh Google yang membenarkan pengguna melihat imej gambar berkenaan. Apakah
perkara pelik yang berjaya dirakam oleh Google Street View ini. Mari kita
lihat.
1. Sekumpulan orang berbaris di tempat pejalan
kaki dan sedang memakai topeng burung merpati. "Burung merpati" tersebut
merupakan penulis bagi sebuah portal lawak di Tokyo, Jepun
2. Seorang lelaki di sebuah rumah di Detroit
mengacukan senapang ke arah kenderaan Street View. Beberapa bulan sebelum itu,
seorang kanak-kanak berumur 1 tahun dijumpai di rumah yang sama
3. Seorang bayi dilihat ditinggalkan
bersendirian berdekatan butik Gucci. Tidak kelihatan orang dewasa disekitar bayi
berkenaan. Imej bayi berkenaan dirakam di Taiwan.
4. Ikon Top Gear, The Stig dilihat sedang
berdiri sebuah tasik di Loch Ness, Scotland. Dilaporkan ianya adalah untuk
mempromosi sebuah buku bertajuk "Where's Stig?"
5. Seorang lelaki warga Mexico dirakam sedang
bersembunyi disebalik hutan dan sedang memakai topeng gas. Kenderaan Google
berjaya merakam imej lelaki berkenaan pada tahun 2012.
6. Seorang lelaki di Jerman yang sedang berbogel
keluar dari boot kereta beliau. Dikesan selepas beberapa minggu Street View
dilancarkan, pihak Google dengan pantas memadam imej berkenaan.
7. Pada tahun 2009, Waldo telah dijumpai
menggunakan Street View di Putney, London. Waldo sebenarnya adalah satu
pertandingan untuk meraikan pelancaran Google Street View.
8. Seekor penguin dilihat sedang ditunda oleh
seorang lelaki yang sedang menaiki basikal jenis Penny Farthing. Bagaimanapun,
penguin tersebut adalah mainan dan digunakan untuk mengimbang basikal juara
Penny Farthing, Nicky Armstrong.
9. Google Street View berjaya merakam seorang
pengedar dadah yang sedang berurus niaga di tepi jalan di Brooklyn. Pengedar
dadah tersebut berjaya ditahan oleh pihak polis dan mereka menjumpai heroin,
ganja dan peralatan menghisap dadah.
10. Seorang pelacur dan pelanggannya berjaya
dirakam ketika sedang melakukan aksi tidak bermoral itu disebuah lorong di
Manchester, England. Imej itu bagaimanapun dipadam oleh Google setelah menerima
aduan dari orang ramai.
0 Response to "10 Perkara Pelik Yang Dirakam Google Street View"
Post a Comment