
Assalamualaikum.
"Ya
Allah, berikanlah aku kekuatan untuk berkongsi tentang apa yang berlaku kepada
diriku"
Mohon
jasa baik kawan-kawan, saudara-saudara memberikan pendapat mengenai kes kecuaian
hospital yang mereka ambil mudah dan tiada penjelasan dari apa yang mereka telah
lakukan.
Perkara
ini berlaku bermula 14 November 2007 ketika saya berusia 20 tahun. Saya yang
menunggang motosikal ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Tesco Ampang
mengalami kemalangan jalan raya di Jalan Wahyu, Kuala Lumpur. Tulang paha kaki
kanan patah, dan saya dihantar ke sebuah hospital kerajaan di Kuala Lumpur
dengan menaiki kereta yang dibantu oleh orang awam yang berada di lokasi
kemalangan.
Sampai
di hospital, mereka membalut kaki saya dengan kain dan kayu untuk menstabilkan
kaki saya yang pada ketika itu lemah. Setelah itu, mereka membawa saya ke bilik
x-ray dan saya menunggu di depan bilik x-ray saja hampir 3 jam!
Sambil
menunggu, saya meraung kesakitan yang teramat sangat. Hanya Allah saja yang
tahu. Selama 3 jam itu, mereka tidak memberikan saya ubat tahan sakit walaupun
saya sudah banyak kali meminta pada jururawat yang lalu lalang di situ. Malah
mereka buat tak tahu dengan permintaan saya.
Ada
yang mengatakan bahawa pihak hospital tidak akan melayan dengan baik jika
seseorang itu dilabel sebagai kaki rempit. Adakah itu adil tanpa mengkaji
selidik dulu? Adakah sifat itu perlu ada pada seseorang yang bekerja dalam
bidang perubatan? Dimanakah keikhlasan mereka membantu pesakit-pesakit? Adakah
mereka perlu ada layanan pilih bulu dalam menjalankan tanggungjawab?
Soalan cepu emas saya kepada pihak hospital, jika adik beradik atau saudara jururawat atau doktor yang menjadi pesakit hospital, adakah mereka akan menerima nasib yang sama seperti saya?
Maaf,
saya bukan mat rempit. Dulu saya rappers jalanan. Hehe! Zaman muda-muda.
Selepas
enam hari, kaki saya digantung besi pemberat. Seorang doktor yang saya tidak
ingat namanya datang berjumpa saya dan memaklumkan dirinya adalah doktor yang
bertanggungjawab dalam pembedahan yang akan dijalankan ke atas saya. Apa yang
memeranjatkan saya ialah doktor itu sebaya saya!
Wow!
Saya terperasan pada nombor kad pengenalannya tahun 1987 di tag namanya. Doktor
itu hanya berumur 20 tahun. Dalam fikiran saya, mesti dia adalah doktor pelatih.
Memandangkan kaki saya sudah digantung dan saya berada di hospital pakar
(kononnya) saya pun bersetuju untuk menjalankan operasi pembedahan. Beliau juga
ada memaklumkan bahawa beliau akan memasukkan implant yang gred Apada kaki saya
kerana pada masa itu stok lain sudah kehabisan. Beliau juga memberitahu besi
saya boleh dikekalkan.
Selesai
pembedahan, keesokannya saya didatangi oleh seseorang dari Bahagian Fisio dan
menyuruh saya berjalan perlahan-lahan dan membengkokkan kaki. Pada masa itu kaki
saya hanya boleh bengkok 90 darjah sahaja. Setelah itu dia berkata "Kaki awak
dah okay. Esok boleh balik,". Saya pun gembira.
Semasa
balik saya ada terfikir, mengapa pihak hospital tidak x-ray kaki saya selepas
pembedahan? Mungkin mereka lebih tahu apa yang mereka buat dan saya positifkan
fikir saya bahawa kaki saya akan sihat seperti sedia kala.
Saya
ke Seremban dan tinggal di rumah orang tua saya untuk berpantang.
Selepas
tiga hari di rumah ayah, kaki saya bengkak dengan mendadak. Saya mengalami demam
panas. Saya cuba berfikiran positif bahawa ini adalah perkara biasa. Tetapi
demam saya berlarutan selama 7 hari diikuti kaki saya yang semakin membengkak
sebesar baldi saiz sederhana. Hanya Allah saja yang tahu bagaimana rasa sakitnya
yang saya tanggung.
Pada
malam itu juga, ayah telah menghantar saya ke sebuah hospital swasta di
Seremban. Semasa sampai, saya berjumpa dengan Doktor Wan Hazmi lalu beliau
memeriksa kaki saya.
Setelah
diperiksa, beliau memaklumkan bahawa kaki saya mengalami jangkitan pada bahagian
implant. Lalu beliau terus melakukan pembedahan dengan membuka kembali 20
jahitan. Dengan mata saya sendiri saya lihat sebaldi nanah keluar dari kaki
saya. Beliau memberitahu bahawa kaki saya tidak boleh dijahit semula.
Ya
Allah! Bagaimana saya mahu melalui semua ini dengan melihat tulang kaki yang ada
implant dengan mata saya sendiri tanpa sebarang jahitan? Doktor itu juga
mengesahkan bahawa pembedahan sebelum ini juga gagal dan beliau akan
mengeluarkan satu surat sokongan jika saya mahu membuka isu ini.
Pada
masa itu beliau tidak dapat memberitahu apa punca sebenarnya. Mungkin beliau
tidak dapat melihat kecuaian sebenar memandangkan besi implant menutupi kecuaian
(rujuk gambar di bawah sebelum operasi)
Bayangkan
20 jahitan yang lukanya sebesar bola ragbi dibuka dan dibiarkan pulih sendiri?
Ya Allah. Saya juga perlu mencuci luka setiap hari. Seluruh keluarga saya tidak
mampu walaupun melihat luka saya terlalu besar sehingga nampak tulang
paha.
Setelah
apa yang berlaku, saya mula fobia dengan hospital dan membuat keputusan untuk
merawat sendiri menggunakan rawatan tradisional. Pada masa itu saya masih lagi
berfikir tiada sebarang kecuaian yang berlaku. Saya hanya memikirkan kesilapan
itu mungkin terjadi akibat saya tersalah makan. Saya masih mahu berfikiran
positif.
Hari
demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, tahun demi tahun saya menunggu
untuk melihat kaki saya kembali seperti biasa. Tetapi luka masih berdarah dan
bernanah, namun saya tetap enggan pergi ke hospital kerana takut kaki saya akan
bertambah teruk pula nanti. Jika mahu meneruskan rawatan di hospital swasta
pula, saya tidak mampu. Saya juga terpaksa bekerja sebagai penjual simkad di
Eria Kuala Lumpur. Memandangkan kami bukanlah berasal dari keluarga yang berada,
nak bekerja sebagai juruteknik kilang dengan sijil kelayakan SkM terpaksa juga
saya lupakan.
Dua
tahun kemudian, 2010.
Kaki
saya tiba-tiba terasa sakit yang teramat sangat dan membengkak. Nanah dan darah
keluar dengan banyak malah keluar air bisa yang banyak. Badan saya terasa amat
panas, demam, tiada selera makan dan tidak mampu berjalan. Setiap hari saya
meraung, lutut saya seperti diketuk oleh tukul besi dengan kuat setiap 5 - 10
minit. Ya Allah, saya terlantar hampir tiga bulan sehingga kulit di bahagian
belakang badan saya melekat pada tilam. Badan saya yang seberat 60 kilogram
turun mendadak sehingga 40 kilogram. Badan tinggal tulang dan kulit sahaja dan
saya sedar kaki saya tidak boleh bengkok atau lurus. Yang sedihnya luka saya
masih tidak sembuh.
Lima
tahun kemudian, 2015.
Luka
saya beransur mengecil. Hanya ada 7 lubang kecil yang mengeluarkan darah dan
nanah. Syukurlah dari luka sebesar bola ragbi.
Setelah
puas dipujuk oleh ibu, akhirnya saya pergi juga ke hospital kerajaan di
Seremban. Pada mulanya segalanya berjalan dengan baik dan lancar. Malangnya
perkara itu tidak berterusan. Mereka melakukan x-ray pada kaki saya dan
memaklumkan bahawa skru kaki saya telah bengkok dan tidak dapat dikeluarkan
(sebenarnya bukan skru). Saya pun terfikir, mungkin inilah takdir yang saya
perlu hadapi. Lalu mereka menetapkan tarikh pembedahan pada 3 Disember
2015.
Semasa
saya berada di hospital, sehari sebelum pembedahan, datang seorang doktor Cina
ke katil saya.
"You
tahu tak kaki you ada tertinggal besi drill dan besi drill itu tertinggal patah
di dalam tulang kaki you semasa operation pertama?" kata doktor itu.
"Besi
drill? Apa itu? Patah? Dalam Tulang? Apa tu?" soal saya yang keliru.
"You
tahu, sebelum orang mahu pasang skru pada kayu, mereka perlu membuat lubang
terlebih dahulu dengan menggunakan mesin drill kan?" katanya.
Saya
mengangguk faham.
"Itu
mata drill sudah patah dan sekarang tidak boleh dikeluarkan. Kalau nak
keluarkan, kita perlu buat satu lubang besar pada tulang you dan korek itu besi
keluar. Tetapi ia amat berisiko. Tulang you akan menjadi rapuh. Doktor di
Hospital Kuala Lumpur tak cerita sama you ke?" soalnya.
"Mereka
tak ada beritahu apa-apa pun?" balas saya yang masih ingat doktor itu
bergurau.
"Kalau
macam itu, you sudah tahu sekarang. Kami tidak dapat keluarkan mata drill itu
dari tulang kamu," katanya.
"Tak
boleh cuba ke doktor? Ada apa-apa infect tak?" tanya saya yang mahukan kepastian
dan jaminan.
"Tak
ada apa-apa. You jangan risau," katanya seperti cuba mempertahankan rakan
sejawatannya.
Saya
dan isteri saling memandang dan tidak percaya.
Setelah
pembedahan, tiada seorang doktor pun yang menjelaskan perkara yang sebenar.
Semasa lawatan pun mereka tidak singgah ke katil saya dan tidak menunjukkan pada
saya hasil x-ray. Mungkin mereka tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannya.
Sehingga saya terpaksa curi tengok x-ray saya ketika mereka sedang leka secara
bersembunyi.
Ya
Allah! Dengan jelas saya nampak mata besi drill melalui x-ray. Saya sedih,
bermacam-macam benda yang bermain dalam fikiran saya. Bagaimana besi drill itu
boleh kekal dalam tulang? Betul ke tiada infection? Selamat ke? Kenapa tiada
doktor yang menjelaskan? Kenapa doktor di Kuala Lumpur buat saya jadi seperti
ini? Patutlah kaki saya tak boleh bengkok sebab ada benda asing dalam kaki
selain besi implant.
Selepas
seminggu, saya memohon untuk keluar kerana terasa amat tertekan berada di
hospital. Doktor pun membenarkan saya keluar dengan alasan saya seorang pesakit
yang sangat cerewet. Jika nak diceritakan, bermacam-macam lagi perkara yang
membuatkan saya menjadi benci dengan doktor. Perkara ini berlaku juga
menyebabkan saya tidak dapat bekerja menyara keluarga dan membalas jasa ibu bapa
saya. Saya juga terpaksa menyusahkan banyak pihak terutamanya ahli keluarga.
Zaman muda saya juga habis begitu sahaja. Jika semua ini berlaku akibat kecuaian
saya, saya redha tetapi ini melibatkan kecuaian pihak hospital yang mungkin akan
berlaku pada orang lain.
Hari
ini saya membuat keputusan untuk memviralkan perkara ini tetapi bukan untuk
menagih simpati, belas kasihan atau mahu memburukkan mana-mana pihak. Cuma mahu
menuntut keadilan dan agar perkara ini tidak berlaku pada orang lain. Saya hanya
mahu wakil dari pihak hospital datang memohon maaf. Tetapi mereka berkelakuan
seperti tidak bersalah dan perkara ini juga tidak dipandang seirus.
Bagi
saya, untuk menjadi doktor perlukan keikhlasan, bukan kesempurnaan yang saya
harapkan. Usahawan Tanah Melayu | Ditulis semula untuk siaran di
THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "'8 Tahun Saya Menderita Akibat Kecuaian Hospital'"
Post a Comment