Azhar Selayang Tokan Motor Curi

Tindakan polis menahan seorang lelaki yang memiliki motosikal curi di Jalan Lorong Haji Taib 5 berjaya membongkar sindiket curi motosikal, semalam.

Azhar Selayang Tokan Motor Curi

Dalam kejadian 3 petang itu, polis menahan seorang lelaki berusia 30-an yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC dan memeriksa nombor enjin kenderaan itu.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat gangguan pada nombor enjin pada kenderaan berkenaan dan motosikal itu adalah motosikal curi.

Difahamkan, lelaki berkenaan mengakui bahawa dia membeli motosikal berkenaan daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Azhar Selayang’.

Susulan itu, anggota polis membuat serbuan di Bulatan Batu Caves dan menemui lokasi di mana sindiket berkenaan menjalankan aktiviti mereka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Chow Kit menjalankan serbuan dan berjaya menangkap seorang lelaki yang mempunyai rekod jenayah samun.

"Polis menemui sembilan motosikal pelbagai jenis dan sembilan rangka motosikal di bawah jambatan berhampiran bulatan berkenaan yang dilaporkan hilang sejak tahun lalu.

"Mereka mencuri motosikal di sekitar Kuala Lumpur dan menjual semula dengan harga yang lebih murah. Bagaimanapun, polis masih sedang memburu ketua sindiket berkenaan," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/109101#

0 Response to "Azhar Selayang Tokan Motor Curi"

Post a Comment