Bapa ketagih seks, anak ambil tindakan drastik

Guo
JIANGSU - CHINA. Seorang lelaki di Changzhou, Wilayah Jiangsu menyamar sebagai pegawai polis khas dalam usaha untuk menghalang bapanya, daripada mengunjungi pusat pelacuran.

Namun tindakannya itu telah menyebabkan dia ditahan oleh pihak berkuasa, lapor CCTVNews

Lelaki yang dikenali sebagai Guo cuba menghalang bapanya yang sering meminta wang darinya untuk berkunjung ke pusat pelacuran.

Guo memakai pakaian seragam polis khas yang dibelinya secara dalam talian dan mula meronda di jalan-jalan untuk menghalang aktiviti yang melibatkan pelacuran.

Bagaimanapun, pembohongannya terbongkar selepas dia ditahan pihak berkuasa selepas menerima aduan dari seorang lelaki yang mendakwa baton elektrik yang digunakan Guo menakutkan anjingnya.

Berdasarkan undang-undang di China, orang ramai yang menyamar sebagai petugas negeri akan dikenakan hukuman penjara tidak lebih daripada tiga tahun, tahanan jenayah, pengawasan awam atau dirampas hak politik.
 

0 Response to "Bapa ketagih seks, anak ambil tindakan drastik"

Post a Comment