Pasukan-pasukan bola sepak
diingatkan agar membayar tunggakan gaji
pemain dan jurulatih sebelum ghairah mengejar penajaan
jutawan.
Tunku Ismail Ibni Sultan
Ibrahim berkata sebagai penaung Persatuan Pemain-pemain Bolasepak Malaysia,
baginda tahu jumlah pemain yang belum dibayar gaji.
“Semua pasukan dilihat begitu
ghairah mendapatkan tajaan daripada mereka untuk memantapkan pasukan mereka,”
kata Tunku Mahkota Johor.
“Usahlah terlalu mengejar
trofi semata-mata sehingga melupakan perkara yang lebih penting. Pemain-pemain
dan jurulatih bolasepak mempunyai keluarga untuk disara.”
Menulis di laman rasmi Johor
Darul Ta’zim (JDT) di Facebook, baginda juga mengingatkan bahawa pemain dan
jurulatih “ini manusia, bukan ternakan”.
“Utamakan dahulu nasib mereka
daripada terlalu sibuk dengan trofi yang hendak diraih,” kata baginda lagi, yang
turut dikenali TMJ.
Baginda bagaimanapun memuji
langkah hartawan yang berhasrat menaja pasukan bola sepak negara, yang
dianggapnya satu langkah positif.
Selepas Kelantan ditaja produk
kosmetik Qu Puteh dan Pamoga, kini makin banyak produk kecantikan berhasrat
menaja kelab bola sepak bagi musim ini.
Syarikat D’Herbs Holding Sdn
Bhd sedang menimbangkan untuk menaja juara Piala Malaysia musim lalu,
Selangor.
Nouvelles Visages pula
merancang menaja Selangor dan JDT, juara Piala AFC tahun
lalu.
Satu lagi syarikat kosmetik
Megah Perawan Sdn Bhd bakal menaja pasukan Liga Perdana,
PKNS.
Sumber
: Malay Mail
0 Response to "BAYAR DULU GAJI PEMAIN, JANGAN GHAIRAH CARI PENAJA SAJA"
Post a Comment