
KOTA BARU, 23 Jan —
Lawatan Datuk Seri Hasmiza Othman ke Stadium Sultan Muhammad IV di sini petang
semalam mendapati beberapa perubahan masih boleh dilakukan sebelum perlawanan
pertama musim ini bermula bulan depan.
Penaja baru pasukan
Kelantan, yang dilantik penasihat kehormat badan bola sepak negeri KAFA, berkata
pengubahsuaian yang perlu dilakukan antaranya tandas yang menghala tempat masuk
stadium.
“Tandas awam dalam stadium
akan diubahsuai kerana langsung tiada feng shui disebabkan penyokong akan terus
berdepan dengan tandas sebaik melangkah masuk ke stadium,” katanya
kepada ProjekMMO.
“Laluan penyokong juga
akan dinaiktaraf. Kontraktor diberi teguran jika melakukan kerja mengecat secara
ala kadar.”
Walaupun perlawanan
dijangka bermula beberapa minggu lagi, pemilik jenama Pamoga dan Qu Puteh akui
warna merah jambu pilihannya untuk mengecat stadium “masih belum
ditemui”.
“Setakat ini, kontraktor
masih gagal mencari warna merah jambu yang dikehendaki,” katanya.
Hasmiza, turut dikenali Dr
Vida, juga mahu mengutamakan keselesaan penonton.
“Kuaci tidak akan
dibenarkan dijual dalam stadium sebaik pengubahsuaian selesai
dilakukan.
“Tidak mahu tempat duduk
penyokong kotor. Tetapi rokok atau vape dibenarkan,” katanya.
Papan iklan lama akan
digantikan dengan papan iklan gergasi, tambahnya
- See more at:
http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/stadium-kb-tiada-feng-shui-dr-vida-mahu-ubah-suai-tandas#sthash.rMpQgLKb.dpuf
0 Response to "DATUK VIDA MAHU UBAH KEDUDUKAN TANDAS SEBAB TIADA 'FENG SHUI'?"
Post a Comment