
Nora
Danish pernah menjalinkan hubungan dengan Nedim Nazri namun terputus di tengah
jalan. — Foto ehsan Instagram/Nora Danish
KUALA LUMPUR, 12 Jan —
Nora Danish secara terbuka menyatakan hasratnya untuk kembali berkahwin, kerana
mahu menamatkan kontroversi yang mengaitkannya dengan bekas suami beliau yang
kini beristerikan pelakon Fasha Sandha.
Pelakon “Polis Evo” itu
berkata, dirinya secara tidak langsung terkesan apabila dituduh menjadi punca
hubungan Fasha dan Rizal Ashram Ramli goyah.
“Susah apabila timbul
isu-isu begini apabila nama Nora dikaitkan lagi. Sedangkan Nora sudah tidak ada
apa-apa hubungan dengan bekas suami, kecuali anak kami iaitu Putera Rayqal
Ramli.
“Mungkin dengan berkahwin,
nama Nora tidak lagi terpalit dengan kontroversi begini,” katanya dipetik
laporan Berita Harian, hari ini.
Walaupun tahun lalu
hubungannya dengan Nedim Nazri dilaporkan terputus tengah jalan, Nora tidak
menolak jika takdir mengatakan jejaka itu merupakan jodohnya kerana mereka masih
berkawan baik.
“Kalau jodoh Nora kuat
dengan beliau, Nora terima kerana sikap beliau membuatkan Nora senang berkawan,”
katanya, merujuk kepada anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz
itu.
Nora, 33, yang kini
bergelar usahawan mahu fokus kepada kafenya Kopi XOXO dan perniagaan tudung
jenamanya, Owl by ND.
Nora dan Rizal, atau
dikenali ramai sebagai Jejai, pernah berkahwin pada Jun 2006 dan berpisah pada
tahun 2008.
Jejai kemudian mengahwini
Fasha pada 2012 dan kini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 3, dan
Putri Raysha Jemyma, 2.
Khabar angin tentang rumah
tangga Fasha dan Jejai bertiup sejak hujung tahun lalu, salah satu punca
dikatakan kerana campurtangan keluarga.
0 Response to "DITUDUH KACAU PERKAHWINAN FASHA SANDHA, NORA DANISH CADANG BERKAHWIN"
Post a Comment