Pelakon jelita Fazura memberitahu bahawa dia akan berhenti berlakon sepenuhnya
selepas dia berkahwin. Ini kerana dia mahu fokus pada keluarganya kelak.
"Buat masa ini saya memang fokus pada kerja. Kerja, kerja, dan kerja. Bila dah puas kerja, insyaAllah selepas berkahwin saya mahu berhenti berlakon. Tak mahu berlakon lagi.
"Saya mahu tumpukan kepada perniagaan dan mungkin kerja-kerja belakang tabir sahaja," ujar Fazura penuh yakin.

Tambah Fazura lagi, mungkin disebabkan itulah jodohnya belum sampai lagi.
Tuhan mahu memberi dia peluang untuk bekerja sepuasnya sebelum mendirikan rumah
tangga.
Ditanya mengenai sudahkah dia mempunyai calon suami?
"Setakat ini calonnya belum ada lagi. Tak ada ruang untuk menjalinkan hubungan kerana terlalu sibuk dengan kerja. Tapi jodoh dah dekat, tak tahu siapa dan bila cuma saya dah boleh 'rasa'," jawab Fazura.

Ya, memang Fazura sibuk kerana menurutnya dalam tahun 2016 ini dia telah
ditawarkan untuk berlakon sehingga empat buah filem.
"Setakat ini dua buah filem Malaysia dan dua buah filem Indonesia. Namun belum semuanya pasti lagi, masih dalam peringkat perbincangan.
"Alhamdulilah, segala bakat saya ini milik Allah. Saya hanya meminjamnya sahaja. Terima kasih juga atas kepercayaan ramai pihak terhadap saya.
"Saya sekarang tak mahu lagi publisiti yang berlebihan jika tiada apa yang hendak diperkatakan. Fokus adalah pada kerja sahaja," ujarnya.
Fazura juga sudah boleh berbangga kerana dia sudah boleh berdiri dengan namanya sendiri.

Sumber: Mediahiburan
0 Response to "Fazura ambil keputusan berhenti berlakon selepas berkahwin"
Post a Comment