Terpaksa berjauhan beribu
batu dengan keluarga demi melanjutkan pelajaran, pastinya bukan mudah. Kita yang
study dekat-dekat ini pun pantang cuti mesti nak balik kampung kan.
Gadis ini mendapat
perkhabaran ibu meninggal dunia ketika pulang ke Amerika Syarikat setelah 3
minggu menjaga ibunya. Tambahan pula dia berasal dari keluarga kurang berada dan
perlu beli harga tiket yang mahal pada saat itu.
Otak membengkak, beli
tiket saat akhir
Nama saya Ilifilza Rusli,
saya buat kutipan untuk sahabat baik saya Hafiza Hashim (gadis bertudung pink)
yang baru kehilangan ibunya. Kami berdua merupakan pelajar Malaysia yang belajar
di Amerika Syarikat (US). Kepada mereka yang kurang tahu tentang negara kami,
Malaysia terletak di Asia Tenggara, lebih kurang 9ooo batu dari
sini.
Cuti musim salji yang
lalu, Hafiza terpaksa membeli tiket di saat akhir ke Malaysia kerana ibunya
disahkan menghidap stroke. Dia berasal daripada keluarga yang kurang berada dan
harga tiket tersebut cukup mahal melebihi apa yang dia mampu. Doktor memberitahu
otak ibunya membengkak jika dilakukan pembedahan akan membahayakan nyawanya.
Hafiza menjaga ibunya lebih kurang 3 minggu.
Ibu meninggal ketika dalam
perjalanan pulang ke US
Semester baru telah
bermula dan dia terpaksa kembali ke Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian.
Semalam semasa dalam perjalanan ke US dari Malaysia, dia mendapat berita ibunya
meninggal dunia. Dia dapat tahu semasa sedang transit di Jepun, menunggu terbang
ke Ames, Iowa. Untuk pengetahuan Hafiza kehilangan ayahnya 2 tahun yang lalu
ketika berumur 19 tahun dan kini ibunya pula pergi.
Dengan mengadakan kutipan
ini, saya harap ianya dapat menanggung perbelanjaan tiket pergi dan balik
Hafiza. Walaupun dia tidak memberitahu jumlah yang dibelanjakan untuk membeli
tiket tersebut, saya tahu ianya pasti sangat mahal tambahan pula ia dibeli pada
saat akhir dan dia terpaksa memimjam daripada orang lain. Sebagai kawan, ini
sahaja cara yang saya mampu tolong. Saya harap ia dapat meringankan beban
Hafiza, sedikit sebanyak mengurangkan kerisauan dia.
Kempen yang dilancarkan
oleh Ilifilza di laman web GOFUNDME.COM ini mendapat respon yang cukup
menggalakkan daripada orang ramai. Kurang daripada 24 jam, sebanyak $4402
berjaya dikutip.
Atas permintaan Hafiza,
kutipan ini telah diberhentikan. Dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua yang membantu. Terbaiklah!
0 Response to "IBU MENINGGAL DUNIA, PELAJAR DI USA INI KESEMPITAN WANG UNTUK PULANG"
Post a Comment