Eizlan Yusof telah memberi
sedikit komen apabila di tanya tentang gosip yang tersebar mengatakan bekas
isterinya iaitu Vie Shanty kini sedang rapat dengan Zizan Razak.
Pelakon bergelar Dato itu
berpendapat bekas isterinya mempunyai hak untuk membuat apa juga keputusan
penting berkaitan hidupnya, termasuklah membina hubungan cinta yang
baru.
Eizlan Yusof berkata gosip
dan berita itu langsung tidak menjejaskan hubungan baik yang sedia ada dengan
bekas isterinya itu.
Ini komennya tentang gosip
Vie dengan Zizan:
Kami sudah bercerai dan
dia mempunyai hak untuk menentukan apa sahaja. Fokus utama saya dan dia kini
adalah anak-anak, dan hubungan kami akan kekal baik untuk anak-anak. Selebihnya
saya tidak boleh komen lanjut,
Ini komennya tentang
merujuk semula dengan Vie Shaty:
Memang itu yang saya
harapkan, tetapi kena faham ini semua perlukan persetujuan kedua belah pihak,
saya dan dia. Apa yang perlu mereka di luar sana faham, permintaan ini perlukan
persefahaman. Seperti yang saya katakan tadi, dia juga mempunyai hak untuk
menentukan kehidupannya selepas kami tidak lagi bergelar suami
isteri,
Memang tepat sekali komen
dari Eizlan Yusof ini. Dia langsung tidak cepat melatah, mengetahui batasannya
sebagai bekas suami.
Eizlan dan Vie berkahwin
pada 7 Julai 2007 dan bercerai pada Februari 2015. Mereka dikurniakan tiga
cahaya mata iaitu Vie Zaara, 8, Zareef Yusof, 6, dan Vie Zaalia, 3.
0 Response to "INI KOMEN EIZLAN YUSOF, ISU BEKAS ISTERINYA DIGOSIPKAN BERCINTA DENGAN ZIZAN RAZAK"
Post a Comment