KAD AJAIB INI BOLEH MENJIMATKAN DAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT?


Akhir-akhir ini kad jimat ajaib semakin hangat diperkatakan di media-media sosial. Setelah aku sendiri mencuba kad jimat ajaib tersebut, maka terbukti kad jimat ajaib memang ternyata sangat berkesan. Ia bukan sahaja boleh menjimatkan petrol, bil elektrik, bil air, menyembuhkan bayi kekuningan, sakit gout, demam, cirit birit, buasir dan lain-lain penyakit malah juga boleh digunakan di tol dan mesin ATM. Inilah testimoni aku sendiri sebagai pengguna kad jimat ajaib.
Dengan memasukkan kad jimat bersama kad Touch N Go ke dalam SmartTag ketika menggunakan lebuhraya PLUS, kita hanya perlu bayar sekali sahaja ketika di pondok tol keluar dari lebuhraya manakala di pondok tol masuk lebuhraya duit baki TnG langsung tak ditolak. Ini bermakna kita hanya bayar kadar tol separuh sahaja!
Jika digunakan bersama kad bank, dengan memasukkan kad jimat bersama2 kad bank ke dalam mesin ATM, bila tekan nak keluar RM100, yang keluar hanya RM50! Kan dah jimat RM50 tu.

Keajaiban ini berlaku apabila kad jimat ini memecah dan mengurai molekul gelombang elektromagnet yang dihasilkan oleh ion positif dan cas negatif lalu dineutralkan dengan stabilizer spoiler yang menghasilkan fotosintesis dan karbon dioksida dengan jirim sebatian persamaan tenaga kuantum super saiyan tahap 3.

Apa?

Nampak macam tak logik dan tak masuk akal?

Siapa kata kita perlukan logik akal dalam industri perniagaan scam tempatan? Testimoni pengguna sudah cukup untuk membuatkan orang percaya dan beli.










 Gambar2 dari FB Pseudoscience Watch.

Benda macam ni bolehlah boleh disifatkan sebagai tangkal moden. Tengok je ada yang siap gantung kat leher dan percaya kad tu macam ada kuasa luar biasa. Jangan lepas ni ada orang klaim kad tu boleh hidupkan orang mati sudah.

0 Response to "KAD AJAIB INI BOLEH MENJIMATKAN DAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT?"

Post a Comment