Mike Wolfe, 35, dari Nampa, Idaho, mempunyai pendekatan unik terhadap bulu roma itu iaitu dengan menjadikannya sebagai satu `lukisan’.
Bulu romanya itu dicukur mengikut bentuk yang dikehendakinya.
Dia mempraktikkan kaedah berkenaan kerana tidak mahu mencukur kesemuanya bagi membuang bulu roma berkenaan.
Dengan bantuan rakannya, Tyler Harding, Mike menjadikan misinya tercapai.
“Saya katakan padanya, Tyler….saya mahukan bendera Amerika di belakang saya. Tyler hanya ketawa dan kemudian menyatakan dia mempunyai caranya,’’ kata Mike.
Sejak itu, mereka sering bertemu. Pelbagai rekaan dilakukan di belakang Mike.
Tyler merupakan bekas pelukis grafik dan telah berkawan dengan Mike sejak lebih sedekad lalu. Ia mengambil masa selama sejam untuk menyiapkan rekaan di belakang Mike.
0 Response to "Karya Seni Guna Bulu Roma Belakang Badan"
Post a Comment