KUALA LUMPUR –
Beberapa hari lalu, ramai yang berkongsi status yang dimuat naik di sebuah akaun
Facebook di mana pemilik akaun itu mendakwa menjumpai kad pengenalan milik
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.
Dalam gambar yang dipaparkan
tersebut jelas menunjukkan nama dan gambar si pemilik kad pengenalan adalah
Datuk Ahmad Maslan.
Namun hari ini, Ahmad
Maslan tampil menjelaskan bahawa kad pengenalan itu hanyalah rekaan dan bukan
miliknya.
Kata Ahmad Maslan dalam
akaun Twitter dan Facebook beliau, kad pengenalannya masih berada dalam
simpanannya, dan beliau tidak pernah mengunjungi warung seperti yang
dikatakan.
Menurut cerita di akaun Facebook berkenaan, kad pengenalan itu dijumpai di sebuah warung dan pemiliknya diminta berhubung dengan admin yang menguruskan akaun Facebook tersebut untuk menuntut kad pengenalannya.
![]() |
Kecoh!!.. Kad Pengenalan Ahmad Maslan Hilang??.. |
![]() |
Gambar yang disebarkan sebuah akaun Facebook mendakwa I/C Ahmad Maslan Hilang. |
![]() |
Penjelasan Ahmad Maslan di Twitter |
Menurut cerita di akaun Facebook berkenaan, kad pengenalan itu dijumpai di sebuah warung dan pemiliknya diminta berhubung dengan admin yang menguruskan akaun Facebook tersebut untuk menuntut kad pengenalannya.
0 Response to "KECOH!! KAD PENGENALAN AHMAD MASLAN HILANG?"
Post a Comment