Semasa Mexico nak
laksanakan Free Trade ( NAFTA ) dengan Amerika, petani petani diberi keyakinan
bahawa “Potato kita akan masuk ke Pasaran Amerika, Hidup kita akan berubah.
Nasib Petani kita akan berubah!”
Lepas tu rupanya Amerika eksport semua sayur dia, potato dia, soya dia, gandum dia ke Mexico. Sampai lumpuh pertanian Mexico. Berjuta petani hilang pekerjaan. Ramai berhijrah secara haram ke negara lain. Bila tak ada kerja- Mereka tiada pilihan dan menjual dadah.
Sumber: http://kitaviral.com/2016/01/31028/#
Lepas tu rupanya Amerika eksport semua sayur dia, potato dia, soya dia, gandum dia ke Mexico. Sampai lumpuh pertanian Mexico. Berjuta petani hilang pekerjaan. Ramai berhijrah secara haram ke negara lain. Bila tak ada kerja- Mereka tiada pilihan dan menjual dadah.
Mereka pun merempat di
negeri sendiri.
Jagung pun tiada harga.
Inilah fakta negara yang pernah join Free Trade dengan Amerika. Rakyat dia letih
dah berdemo. Dok deggih orang terengganu kate. via FB HAYAT
MUHAMMAD.
_________________________________
Kisah Lain
Pula
Seorang professor &
pakar ekonomi memberikan perumpamaan mudah. Kita dan jiran kita bersetuju untuk
share parking space di rumah masing2. Ini bermakna kita boleh parking kereta
kita juga di rumahnya, dan juga dia juga boleh parking kereta dia di rumah
kita.. perjanjian bijak kan?
Tetapi, kita hanya ada 1
kereta, dan jiran kita ada banyak kereta. Maka, apa yg berlaku adalah semua
kereta dia parking di rumahnya dan rumah kita akhirnya. dan kita tak boleh
marahkan atau keluarkan kereta dia, nanti dia boleh saman kita pulak. Lama2,
kereta kita pun tak boleh parking sebab semua kereta jiran kita tu ada di kedua2
rumah.
ok faham?
kita adalah Malaysia,
negara membangun yg kecil, manakala jiran tu adalah negara2 maju yg besar
eksport nya.
PENGALAMAN SAYA BERNIAGA
DI LUAR NEGARA
Amat payah produk dari
Malaysia nak masuk negara2 maju ni terutama di Europe. Dari cabaran nak comply
dengan pelbagai standard & regulations, serta branding dan volume (economic
of scale). Kalau dah dapat masuk pun (setelah pelbagai cabaran dan comply
regulations), nak bertanding head to head mmg susah, sbb volume depa amat besar
dan depa boleh jual bende quality pada harga lebih rendah sebab volume amat
tinggi dan kos per unit lebih rendah secara umum.. dan kekadang depa harga
rendah giler nak grab market supaya kita exit..
Dan sebenarnya Asia lah
market best untuk expand market sebab sedang grow dengan bail manakala di Eropah
dan negara maju, perkembangan/growth sana dah tepu dan negatif.. memang depa nak
sangat expand di sini..
So, sapa rugi? fikir2 la
sendiri. wallahu’alam. via FB ZIKRI FUAD.
_____________________________
Satu Lagi Kisah Pedoman
Yang Bakal Terjadi Jika TPPA Ditandangani.
Pak Menteri: “Pakcik
tahu kan, perjanjian ini membolehkan pakcik boleh jual barang pakcik ke Amerika…
bayangkan berapa banyak untung pakcik boleh dapat…
Pakcik: “Boleh jual
terus macam tu sahaja ke?”
Pak Menteri: “Ya, cukai
semua hapus. Boleh masuk begitu sahaja. Pakcik cuma kena eksport dan buka kedai
di sana”
Pakcik: “Berapa sewa
kedai di sana? Kos eksport harga lagu mana pula? Ambil contoh dekat dulu
Singapura”
Pak Menteri: “Mungkin
SGD20,000 sebulan kot.. tak pasti…”
Pakcik: “RM60,000
sebulan. Macam mana nak tahan? Mana nak cari duit itu? Tunggulah ada duit dulu
baru fikir.”
Sewaktu pakcik tengah
pikir jalan nak eksport ke Singapura, tetiba depan kedai dia ada tiga kedai baru
jual produk yang sama line dengan dia.
Pakcik: “Where are you
from?”
Kedai 1:
“Singapore”
Pakcik: “It is cheap to
come here?”
Kedai 1: “Here rental
only RM20,000 a month… like SGD7,000 only – and export tax is so cheap now after
signing the agreement. In Singapore, we pay SGD30,000 rental a month. With such
cheap rent, we can lower our cost, and increase our production, thus lowering
the prices. You see this brand (brand yang sedang dijual pakcik) – Made in
Malaysia – sell at RM20 – look at ours nicer bottle also sells at
RM18.”
Pakcik terbeliak mata
pergi jumpa Pak Menteri…
Pakcik: “Bisnes aku nak
mati dah… dulu Pak Menteri kata perjanjian ini akan bantu aku… sekarang aku
habis kena pukul syarikat asing.”
Pak Menteri: “Kau lambat
dan tak cukup modal. Bukan salah perjanjian, salah kamu. Kan ini bagus, ia buat
kamu lebih berdaya saing.”
6 bulan selepas itu
pakcik terpaksa tutup kedai dan terserempak Pak Menteri di kedai kopi milik
syarikat asing.
Pak Menteri: “Tengok
perjanjian ini buat kita dapat nikmati kopi import pada harga murah
begini.”
Pakcik: “Betullah, ingat
tak saya? Saya dari taukeh kedai sekarang kena kerja sini angkut kopi pada Pak
Menteri kerana perjanjian itu juga. Memang besar jasamu pada aku, Pak
Menteri.”
Tiada kaitan dengan
hidup atau mati. via FB TIMMY SAY.
Sumber: http://kitaviral.com/2016/01/31028/#
0 Response to "Kemelut TPPA.. Kisah Terjadi Di MEXICO Ini Bakal Buat Ramai Peniaga Petani Malaysia GERUN !!!"
Post a Comment