Kuala Lumpur, 8 Jan - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan PDRM mencari seorang pemilik akaun Twitter setelah akaun Twitter itu memuat naik satu gambar di Twitternya.
Akaun tersebut memuat naik gambar satu gambar yang dipercayai telah diedit oleh pihak tertentu dengan kapsyen : "Mohon @NajibRazak & @KBAB51 arahkan @PDRMsia tangkap pengkhianat negara yang viralkan gambar ini! #GoPDRMGo ?????? "
Susulan dari Tweet tersebut, KPN mengarahkan PDRM menjejak lelaki tersebut untuk menyoal dari mana dia mendapat gambar terbabit.
"PCIRC @PDRMsia kesan @DJStarscreamx dan soal di mana dia perolehi gambar PM yg mengaibkan ini. ", tulis Khalid.
Di akaun Twitter pemuat naik tweet tersebut, pemilik ada menjelaskan bahawa gambar itu dia peroleh melalui Facebooknya.
Gambar yang telah diedit dipercayai berasal dari pengasas Qu Puteh yang telah ditampal dengan muka Perdana Menteri, Najib Razak.
Sumber
0 Response to "Kesan & Soal Dari Mana Dia Peroleh Gambar Memalukan Najib Ini, Arah KPN di Twitter"
Post a Comment