Di dalam Proses
Penentuan Jantina seorang bayi, adakah ditentukan oleh benih bapa atau pun
ibu?
Dalam surah an-Najm ayat
45-46, Allah menjelaskan, “Dialah yang menciptakan kamu berpasang-pasangan,
lelaki dan perempuan, daripada nuthfah, apabila dipancarkan.”
Nuthfah, mengikut
tafsiran yang sahih, bermaksud air mani yang sedikit. Seperti yang disebutkan
sebelum ini mengikut Imam Qartubi didalam al-Jamik li Ah Kamil Quran, nuthfah
bermaksud,”Air mani lelaki, ia dinamakan nuthfah disebabkan jumlahnya yang
sedikit iaitu airnya yang sedikit.” Oleh kerana air mani adalah sperma yang
bercampur dengan cecair yang dikeluarkan oleh beberapa alat jantina lelaki,
justeru nuthfah yang bermaksud ‘jumlah yang sedikit’ membawa maksud
sperma.
Hal ini disebabkan
daripada air mani yang banyak satu bahagian kecil atau sedikit sahaja
daripadanya yang diperlukan bagi proses persenyawaan. Yang sedikit yang menjadi
penentu itu adalah sperma.
Justeru didalam kamus
Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic, perkataan nuthfah diterjemahkan
sebagai drop, sperm iaitu setitik atau sperma.
Justeru ayat ini dengan
jelas menunjukkan, dalam proses kejadian manusia, penentuan jantina seorang bayi
ditentukan oleh nuthfah iaitu benih lelaki yang terdapat dalam air
mani.
Kenyataan ini adalah
selari dengan penemuan sains semasa. Hal ini disebabkan secara umumnya rupa
bentuk seseorang bayi secara terperinci ditentukan oleh 46 kromosom dan daripada
46 kromosom ini dua daripadanya adalah kromosom seks. Kromosom seks inilah yang
samada seseorang bayi menjadi lelaki atau perempuan.
Y dan XX
Benih lelaki iaitu
sperma, mempunyai kromosom seks ‘XY’ dan benih wanita iaitu ovum, mengandungi
kromosom seks ‘XX’. Semasa proses persenyawaan berlaku antara benih lelaki atau
perempuan, kromosom seks lelaki berpisah menjadi X dan Y dan kromosom seks
wanita berpisah menjadi X dan X. Salah satu daripada kromosom seks lelaki
bercantumdengan salah satu daripada kromosom seks perempuan bagi menentukan
status jantina seseorang bayi.
Oleh kerana kedua-dua
kromosom seks wanita adalah sama-sama iaitu X dan X, sedangkan kromosom seks
lelaki adalah berbeza iaitu X dan Y, maka yang menentukan samada seseorang bayi
menjadi lelaki ataupun perempuan adalah kromosom lelaki.
Sekiranya kromosom X
lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi perempuan.
Sebaliknya, apabila kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan,
maka bayi itu menjadi lelaki. Justeru benarlah kenyataan Allah yang
mengatakankejadian lelaki dan perempuan ditentukan oleh nuthfah atau sperma
lelaki. – Dr. Danial Zainal Abidin
Firman Allah Ta’ala yang
bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah
aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati
benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan
kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan
melihat.”(Surah Al-Insaan 76:2)
“Dialah yang membentuk
kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang
berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (surah
A-li’Imraan 3:6)
Wallahu’alam….
0 Response to "KETAHUI PROSES PENENTUAN JANTINA BAYI MENGIKUT AL-QURAN"
Post a Comment