PUTRAJAYA - Sumber dari
seorang kakitangan awam di pusat pentadbiran kerajaan mendedahkan, kakitangan
kerajaan yang berstatus kontrak tidak akan disambung dan ditamatkan sepenuhnya
bermula Disember 2016.
"Kakitangan berstatus kontrak
tidak akan disambung dan ditamatkan sepenuhnya mulai Disember 2016. Kepada
kakitangan kontrak, bolehlah mula merancang untuk mencari kerja-kerja lain
sementara masa masih ada," kata sumber.
Menurut individu yang
mendedahkan perkara tersebut, dia mendapat maklumat itu dari mesyuarat yang
dihadiri olehnya pagi tadi.
Dia yang pada mulanya enggan
berkongsikan mengenai perkara itu namun memikirkan bahawa kakitangan awam
berstatus kontrak perlu tahu dan membuat persediaan awal, lalu mendedahkan
perkara itu di media sosial.
"Saya sebenarnya enggan ambil
pusing tetapi memandangkan saya perlu beritahu untuk persediaan awal rakan-rakan
yang terlibat agar perkara ini tidaklah mengejutkan mereka.
"Saya pun ada anak bini, saya
pun fikirkan nasib kakitangan kontrak yang ada anak bini. Apa-apa pun kita
doakan yang terbaik," katanya.
Sementara itu, sumber yang
lain pula mengesahkan bahawa apa yang diberitakan itu adalah benar.
"Semua kakitangan awam
berstatus kontrak tidak akan disambung perkhidmatannya dan akan digantikan
dengan jawatan yang kekal. Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tiada
peruntukan yang mencukupi untuk menampung gaji kakitangan kontrak pada tahun ini
dan tahun seterusnya," jelas sumber kedua.
Difahamkan beberapa agensi
kerajaan juga giat menyerap kakitangan kontrak ke jawatan tetap semenjak tahun
lalu bagi mengelakkan gerak kerja setiap agensi tidak terjejas.
Sumber - THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "KHIDMAT KAKITANGAN AWAM KONTRAK AKAN DITAMATKAN SEPENUHNYA DISEMBER 2016"
Post a Comment