KINI ANAK MUKHRIZ PULA YANG NAK TURUN PADANG?




Kecoh dilaman sosial, apabila anak kepada Menteri Besar Kedah, Meera Allyana Mukhriz memuat naik satu status kempen mempertahankan kedudukan bapanya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang kini seperti berada dalam keadaan telur di hujung tanduk.

Hairan betul mengapa perlu dikecohkan mengenai perkara ini... Sudah menjadi lumrah seorang anak akan mempertahankan orang tuanya dalam apa jua keadaan sekalipun...Tidak kiralah orang tuanya dipihak yang benar atau sebaliknya.

Allyana atau lebih mesra digelar Ally, sebagai anak kepada Muhhriz sudah pasti akan mempertahankan bapanya.... Lagipun, anak mana yang tidak akan mempertahankan kedudukan bapanya yang berada dalam kedudukan tinggi dan selesa.

Lihat saja anak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika bapanya dipecat dari barisan kabinet... Anak Muhyiddin tidak juga terlepas peluang memuat naik status kempen untuk mempertahankan kedudukan bapanya.

Bukan setakat status juga yang dimuat naik, malah anak Muhyiddin yang merupakan seorang penyanyi turut menggubah sebuah lagu untuk bapanya, konon-kononnya sebagai tanda menghargai jasa bapanya sebagai pemimpin negara.

Lagipun, status-status yang dimuat naik oleh seorang anak pemimpin ini cuba meraih simpati rakyat, kononnya kehidupan mereka akan menjadi rakyat biasa sekiranya disingkirkan dan tidak lagi mempunyai peluang untuk membantu rakyat.

Justeru itu, rakyat atau netizen tidak perlu kecoh dengan status-status yang dimuat naik oleh anak-anak pemimpin, kerana ia merupakan publisiti murahan bagi meraih simpati kepada bapa mereka!! 

0 Response to "KINI ANAK MUKHRIZ PULA YANG NAK TURUN PADANG?"

Post a Comment