Gambar
Hiasan
SUBANG JAYA – Atas bantuan
seekor kucing, rumah milik seorang kerani yang terletak Pangsapuri Indahria,
Jalan Jubli Perak, Batu 3, di sini, terselamat daripada dipecah masuk, awal pagi
Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira
pukul 2.50 pagi itu, mangsa dikatakan sedang tidur telah terjaga selepas
mendengar kucing peliharaannya tidak henti-henti membuat bunyi bising
seolah-olah memberi amaran kepadanya.
Pelik dengan hal itu,
mangsa berusia 39 tahun itu kemudiannya bingkas bangun dan membuat pemeriksaan
sebelum mendapati ada seorang lelaki yang tidak dikenali berada di kawasan
balkoninya.
Ketua Polis Daerah Subang
Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, berkata, suspek yang terkejut apabila
kehadirannya disedari tuan rumah telah melarikan diri.
“Suspek terus melarikan
diri selepas menyedari kehadiran tuan rumah dan bersembunyi di dalam rumah
sampah di tingkat 6 pangsapuri yang sama.
“Suspek dikejar dan
berjaya ditangkap oleh seorang jiran sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk
tindakan lanjut,” katanya.
Tambahnya, hasil siasatan
awal, pihak polis mendapati suspek merupakan pengawal keselamatan di pangsapuri
yang sama yang baharu seminggu bekerja.
Suspek telah direman untuk
disiasat dibawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh.
0 Response to "KUCING BANTU SELAMATKAN RUMAH DARIPADA DIPECAH MASUK"
Post a Comment