
KUALA LUMPUR,
13 Jan — Kalau sudah panas hati dan tidak suka, macam-macamlah alasan digunakan
oleh suami atau isteri untuk bercerai.
Alasan-alasan
itu termasuklah anak demam dan tidak sihat, pasangan lupa pam tandas, suami
tidak suka isteri makan dalam kereta, tidak suka cara pasangan menjemur dan
membasuh baju, punggung isteri menggerutu dan suami tidak pandai mengadakan
hubungan seks.
Senarai 23
alasan "remeh" sehingga pasangan bercerai, yang dilaporkan akhbar
harian Kosmo! hari ini, menjadi viral di media
sosial.
Alasan-alasan
ini dinyatakan penceramah kursus praperkahwinan di Selangor, Muhammad Ariffin
Mohd Dalhal, dan juga seorang penolong pengarah Jabatan Agama Islam Selangor
(Jais) Maryam Md Zin.
Muhammad
Ariffin dilaporkan berkata perkahwinan pasangan itu pada 2000 menjadi
porak-peranda apabila kedua-duanya mempunyai pandangan berbeza berhubung cara
paling sesuai menggunakan sabun mandi.
"Suami
pasangan itu lebih suka menambah air di dalam botol sabun yang hampir habis
kerana mahu berjimat.
"Namun,
isterinya pula lebih gemar buang botol itu terus dan membeli sabun baharu,"
beliau dipetik berkata.
"Rupa-rupanya
sikap suaminya itu tidak disenangi isterinya. Disebabkan perkara kecil itu,
mereka bergaduh besar sebelum hampir mahu bercerai."
Maryam Md Zin
pula menceritakan alasan, yang boleh dianggap remeh dan melucukan, tetapi pernah
berlaku.
Beliau
dilapor berkata seorang suami terdorong menceraikan isterinya kerana benci
perlakuan wanita itu yang suka meninggalkan sisa kerepek di dalam
kereta.
Berikut 23
alasan seperti dilaporkan akhbar Kosmo!:
Punggung
isteri menggerutu.
Suami
tidak pandai melakukan hubungan seks.
Isteri
meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan
aksesori.
Isteri
mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di
surau.
Isteri
suka mengikuti rombongan beramai-ramai.
Isteri
suka membasuh baju pada waktu malam.
Suami
mencurigai setiap tindakan isteri.
Isteri
menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan
terdahulu.
Berbeza
fahaman politik.
Suami
tidak suka isteri makan dalam kereta.
Gaji suami
lebih rendah.
Isteri
lambat menyediakan makanan.
Pasangan
bangun tidur lewat.
Suami
bekerja tidak tentu masa.
Anak demam
dan tidak sihat.
Cemburu
pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
Pasangan
terlalu cerewet.
Pasangan
tidur berdengkur.
Pasangan
gemar membeli-belah.
Suami
tangkai jering (kedekut).
Tidak suka
cara pasangan menjemur dan membasuh baju.
Berebut
rancangan televisyen.
Pasangan
lupa pam tandas.
0 Response to "MACAM-MACAM ADA! 23 ALASAN PASANGAN MAHU BERCERAI"
Post a Comment