![]() |
SHAH ALAM – Dua buah
restoran makanan di sebuah pasar raya di sini diberi notis untuk membuat
penjelasan berhubung harga milo ais yang dijual pada harga RM5.90 hingga RM6.70
segelas.
Penolong Pengarah Kanan
Kementerian Perdagangan Dalam Ne-geri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Selangor, Yusof Bakar berkata, notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan
Antipencatutan 2011 kemudian dikeluarkan terhadap dua buah restoran
terbabit.
Yusof berkata, notis itu
dikeluarkan bagi memberi peluang kepada pengusaha kedua-dua restoran terbabit
untuk mengemukakan penjelasan mengenai kenaikan harga tersebut.
Menurut beliau, sebelum ini
pihaknya menerima aduan daripada orang ramai sebelum pihak KPDNKK membuat
pemeriksaan di kedua-dua restoran berkenaan.
“Kita telah memeriksa harga
makanan dan minuman, kita mendapati, minuman milo ais dijual pada harga RM5.90
hingga RM6.70 berbanding harga normal RM2.20 sen serta air suam dijual pada
harga RM0.80 sen.
“Harga tersebut terlalu
tinggi. Justeru, kita keluarkan notis kepada kedua-dua premis terbabit dan
mereka dikehendaki memberi penjelasan dalam tempoh seminggu,” katanya ketika
ditemui di sini semalam.
Sumber :
Kosmo
0 Response to "MELAMPAU : Milo Ais Dijual RM6.70 Segelas"
Post a Comment