ME'NATE TAMPIL JAWAB ISU BIL MAKAN MALAM NAJIB RM 19K


Susulan viral satu gambar resit yang mendakwa kononnya restoran Me’nate Steak Hub menyajikan makan malam berharga RM19 ribu untuk Perdana Menteri, pemilik restoran berkenaan, Mustafa Othman tampil menafikan viral itu.


Menerusi facebooknya, Mustafa menyifatkan penyebaran gambar resit itu sebagai tindakan berbentuk provokasi dari pihak yang berkepentingan politik.

Menurut Mustafa, jelas tanda harga yang dipamerkan dalam gambar resit yang viral itu adalah hasil suntingan dan ia bukan satu standard harga yang digunakan oleh restoran berkenaan.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan logik disebalik kombinasi hidangan yang diletakkan di dalam resit berkenaan.




“Jika makan stik dan Matsusaka, mana boleh ada nasi dan lauk-pauk lain,” tulis Mustafa.

Selain itu, beliau juga menafikan chef yang tersebar di dalam gambar terbabit adalah chef dari restorannya.

Mustafa kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan viral terbabit.

0 Response to "ME'NATE TAMPIL JAWAB ISU BIL MAKAN MALAM NAJIB RM 19K"

Post a Comment