
Bagi yang perempuan, kalau naik bas balik cuti sem ke, saya cadangkan
cari dulu single seat. Kalau dah habis single seat, saya cadangkan pula beli
terus tiket kedua-dua seat. Biarlah duit melayang asalkan maruah terjaga. Kalau
sudah tiada jalan dan dapat pula double seat serta ditakdirkan sebelah kamu
lelaki, minta tukar seat dengan sesiapa. InshaAllah orang itu faham. Tetapi yang
paling baik, jangan balik seorang diri. Balik dengan rakan yang boleh dipercayai
dan itulah yang terbaik.
Saya dulu ada pengalaman. Saya naik bas nak balik rumah saya di Pulau
Pinang. Dipendekkan cerita, semasa bas itu berhenti di perhentian untuk berehat,
saya nampak ada seorang gadis tak berhenti-henti menangis.
Pada mulanya saya malas nak mengambil tahu tetapi saya tengok dia
seperti ada masalah, lalu saya pun bertanya.
"Kenapa cik menangis? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal saya
pada dia yang hanya mendiamkan diri dan semakin kuat pula tangisannya.
Setelah didesak berkali-kali, akhirnya dia membuka mulut untuk
bercerita. Rupa-rupanya semasa dia duduk di couple seat itu, ada warga asing
yang meraba-raba dan cuba mencabul dia. La haw la wala quwwata illa
billah.
"Kenapa tak menjerit atau buat apa-apa tindakan?" soal saya lagi.
Rupa-rupanya warga asing itu mengugut dirinya.
"Saya nak menjerit tetapi ada pisau di sebelah perut saya. Saya terlalu
takut dan tak tahu nak buat apa pada masa itu. Saya terpaksa membiarkan diri
saya dijamah olehnya," katanya.
"Mana warga asing itu sekarang?" mata saya mula melihat
sekeliling.
"Dia dah turun dah," katanya.
Kalaulah lelaki itu masih berada di sekitar ini, saya nak saja beritahu
pemandu bas itu agar boleh ambil tindakan terhadap lelaki durjana itu.
Sewaktu dia menceritakan kejadian itu kepada saya, memang terasa geram
sangat dan terasa mahu saja membelasah lelaki warga asing itu. Bukan nak tunjuk
hero tetapi saya fikir bagaimana jika yang menjadi mangsa lelaki miang itu
adalah keluarga saya sendiri?
"Sekarang cik pergi duduk di tempat saya yang single seat itu dan saya
duduk di tempat cik," arah saya pada dia yang akur saja.
Wajah dia memang nampak trauma sangat. Saya boleh rasa perasaan dia
pada ketika itu. Kasihan sungguh.
Selepas kejadian itu, saya termenung memikirkan bagaimanalah negara
Malaysia kita pada masa akan datang. Dengan warga asing yang berjuta-juta
diimport masuk ke Malaysia, Allahurobbi.
Apa-apa pun ingatlah nasihat saya pada yang perempuan. Balik perjalanan
jauh jangan balik seorang diri. Kalau sudah terpaksa dan tiada rakan nak
temankan, apakan daya.
Beli single seat dulu, jika tiada, terus beli couple seat itu sebab
kita tidak tahu siapa yang akan duduk di sebelah kita. Kalau dapat yang sama
jantina, Alhamdulillah. Kalau dapat yang sebaliknya? Mahu bukan rezeki si lelaki
itu.
Biarlah duit melayang sikit asalkan maruah terpelihara. Itu yang paling
penting. Saya harap anda dapat panjangkan status ini kerana saya tidak
berbohong. Memang perkara ini realiti yang terjadi di depan mata saya sendiri.
Semoga Allah SWT merahmati anda semua. - Wan Mohamad Fadhli | Ditulis semula
untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "'Nak Jerit Tetapi Dia Ugut Saya Dengan Pisau Di Perut'"
Post a Comment