PETALING JAYA: Penaja utama
The Red Warriors (TRW), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman membantah tindakan
Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengekalkan penggunaan jersi tradisi skuad
itu yang berwarna merah di gelanggang sendiri dan putih biru di tempat lawan
bagi aksi Liga Malaysia musim ini.
Malah Vida turut tidak
bersetuju jersi idamannya yang menggunakan warna merah jambu sekadar digunakan
sebagai jersi ketiga TRW.
Sebaliknya, Hasmiza atau lebih
dikenali sebagai Datuk Vida tetap mempertahankan keputusannya bahawa warna
berasaskan merah jambu perlu digunakan pada dua jersi utama pasukan tersebut
seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian penajaan sebelum
ini.
"Saya tidak setuju jersi utama
kekal menggunakan warna tradisi Kelantan iaitu warna merah dan biru putih
seperti yang diumumkan pada Sabtu.
"Seperti yang kita bincangkan
sebelum ini, saya mahu jersi itu dengan warna berasaskan pink, hanya jersi kedua
akan menggunakan warna merah," katanya kepada mStar Online.
Susulan itu, Vida telah
mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan tertinggi untuk membincangkan
perkara itu pada petang Ahad.
"Saya tak peduli, Nike ke
Adidas ke yang penting mereka kena selesaikan warna jersi ini. Saya kena
dapatkan hak saya sebagai penaja utama," katanya.
Mesyuarat tersebut turut
dihadiri bendahari Kafa, Nik Aminaldin Nik Jaafar dan ditemani peguam
Vida.
Presiden Kafa, Tan Sri Annuar
Musa tidak hadir pada mesyuarat itu.
Difahamkan Kafa masih
mempunyai kontrak perjanjian dengan Nike bagi jersi dan lain-lain tajaan
syarikat gergasi sukan itu selama setahun lagi.
Ketika ditanya mengenai reaksi
Kafa, Vida berkata, mereka akan berusaha merealisasikan
permintaannya.
"Selepas beberapa mesyuarat
sebelum ini, saya terpaksa tegas dengan wawasan saya untuk pasukan ini. Sebab
itu saya bawa bersama peguam pada hari ini," katanya.
Usahawan wanita itu berharap
agar isu warna pada jersi itu akan diselesaikan dengan kadar
segera.
"Saya harap ia akan
diselesaikan minggu depan. Setakat ini masih belum ada kata putus daripada Kafa
mengenai perkara ini," katanya.
Vida berkata, jersi berwana
merah jambu itu merupakan salah satu daripada 33 syarat tambahan yang
dipersetujui antara beliau dan Kafa dua minggu lalu.
Pada Sabtu, Annuar mengumumkan
Kelantan akan mengekalkan jersi berwarna merah di gelanggang sendiri dan putih
biru di tempat lawan bagi saingan musim ini.
Beliau berkata, Kafa akan
mendaftar jersi kedua di gelanggang sendiri dengan warna 'shocking pink' seperti
yang diminta Vida.
"Jersi tersebut akan
dilancarkan pada satu tarikh yang ditetapkan penaja utama Datuk Seri Vida," kata
Annuar.
Terdahulu, Annuar berkata,
jersi Nike TRW akan diperkenalkan kepada umum pada 10 Februari
depan.
Sumber: datangbulanke
0 Response to "PANAS! Dato Vida BENGANG Dengan KAFA, Dah Agak Dah Masalah Ni Akan Berlaku !"
Post a Comment