
Tujuh pelajar tahfiz antara 10 kanak-kanak yang
diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang dalam operasi di
sekitar daerah Seberang Prai Utara (SPU) dan Seberang Prai Tengah (SPT), malam
tadi.
Pengarah JKM negeri, Said Sidup, berkata
operasi bersama Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) dan polis itu
dilancarkan selepas pihaknya menerima maklumat awam mengenai kegiatan
menggunakan kanak-kanak sebagai peminta sedekah di dua daerah itu.
Katanya, operasi yang bermula petang semalam,
hingga tengah malam tadi berjaya menyelamatkan 10 mangsa bawah umur berusia
antara 12 hingga 17 tahun yang dipaksa mengutip sedekah.
"Pelajar pusat tahfiz dari Yan, Kedah ini,
ditemui ketika mereka digunakan bagi menjual produk kesihatan dan mengutip derma
di beberapa lokasi tumpuan ramai. "Selain itu, enam pengemis dewasa berusia
lingkungan 21 hingga 40 tahun termasuk empat warga asing turut diselamatkan,"
katanya.
0 Response to "Pusat Tahfiz Di Kedah Peralat Kanak-Kanak"
Post a Comment