“Saya amalkan solat hajat 10 kali sehari
sebelum dan selepas solat fardu selain menunaikan solat sunat Dhuha setiap hari
agar perjalanan hidup saya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.
“Alhamdulillah sejak berniaga saya tidak pernah
gagal untuk melaksanakan kewajipan ini meskipun kehidupan saya sudah senang dan
perniagaan pula semakin maju,” kata pengasas produk kecantikan popular Datuk
Seri Dr Hasmizah Othman atau Datuk Seri Vida ketika ditanya rahsia kejayaan
menjadi usahawan berjaya.
Menurut Vida, 44, sejak kecil dia sudah diajar
untuk mengamalkan bacaan zikir dan selawat dalam kehidupan seharian selain
sentiasa berdoa memohon agar diampun dosa tanpa mengira waktu.
“Amalan ini saya buat dari kecil selain bangun
malam untuk menunaikan solat sunat dan berdoa malah saya sentiasa berusaha untuk
tidak mengabaikan kewajipan ini agar tidak lalai dan terleka.
“Saya sebenarnya bimbang jika perkongsian saya
ini dianggap sebagai menunjuk-nunjuk sehingga menimbulkan riak tetapi saya
memandang ia dari sudut positif dan berharap semua ini menjadi ikutan,” katanya
ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
0 Response to "Rahsia Datuk Vida Hidup Mewah"
Post a Comment