Baru-baru ini timbul khabar angin mengatakan Rita Rudaini sudah bertemu dengan
cinta baharu apabila beliau sering memuat naik foto dengan kapsyen yang seakan
memberitahu ada seseorang yang hadir mengisi kekosongan didalam
hidupnya.
Sudah beberapa kali gagal dalam perkahwinan, ramai peminat Rita mengharapkan artis pujaan mereka itu menemui seseorang yang betul-betul sesuai buat dirinya.
Sudah beberapa kali gagal dalam perkahwinan, ramai peminat Rita mengharapkan artis pujaan mereka itu menemui seseorang yang betul-betul sesuai buat dirinya.
Walaubagaimanapun, menurut Rita setiap kapsyen berbunga itu sebenarnya
berkaitan dengan produk minyak wangi beliau sendiri yang baharu sahaja
dilancarkan pada hari Sabtu lepas . (Haish, betul-betul la kami ingat Rita sudah
ada kekasih baharu.)
Namun, Rita tetap merasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat yang selalu mendoakan kebahagiaan beliau.
Sebenarnya, cinta yang dimaksudkan adalah minyak wangi itu dan saya mengambil masa dua tahun untuk menghasilkan produk ini. Peminat memberitahu mereka ingin melihat saya bahagia dan doa itu membuatkan saya gembira.

Meskipun belum bersedia untuk menempuhi alam percintaan, Rita berharap
dipertemukan dengan insan terbaik yang ikhlas menyayangi dua anak lelakinya,
Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Sekarang saya masih solo, namun itu bukan bermakna saya serik bercinta
lagi, cuma penat perlu menjaga hati orang. Pun begitu, saya minta peminat terus
mendoakan saya bertemu jodoh yang menyayangi saya dan anak.
Tidak apa Rita, carilah lelaki yang sesuai dengan diri anda dan mampu untuk
memberikan kasih sayang kepada anak-anak anda tanpa batasan perlahan-lahan.
Dalam mencari cinta ini kita tidak boleh terburu-buru, kenal hati budi dengan
lebih mendalam dan kami yakin satu hari nanti Rita akan bahagia juga.
Sumber: mediatonton
0 Response to "Rita Rudaini akhirnya dedah kekasih hati terbarunya"
Post a Comment