![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgaWD35jC9bjyADtbhLqdJjBhPvUAnoYPnFQ2zTIztsKWb3kGy1XI813kEulUZCLlAnLu2A7mieFwQ3gR9GFjoaO2POfkf9hQ8DxjykQ1cnsu31jMpwauOCLRftnU-Dx-8XM_dkPtAUzFM/s640/sam+1_2.jpg)
Ye kami tahu ada yang
menyampah bila kami tulis artikel tentang pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla
Melvin tapi mereka sememangnya trending serta cukup hangat sepanjang minggu ini.
Apa sahaja yang mereka buat pasti mendapat perhatian ramai.
Bakal bernikah pada 8
Februari ini, Syatilla sudah mempersiapkan diri beliau seratus peratus untuk
menjadi seorang isteri dan ibu. Aktres ini juga menyatakan beliau sudah bersedia
untuk melahirkan anak yang ramai buat Sam seperti satu pasukan
bola.
Ia sebagai tanda cinta
serta penghargaan buat Sam yang selam ini berada di sisi Syatilla dikala duka
dan gembira. Syatilla juga berharap hubungan mereka akan berkekalan sehingga ke
akhir hayat.
Awak (merujuk kepada Sam),
kita sudah lama kenal dan melalui banyak hal bersama. Saya cuma nak ucapkan
terima kasih kerana selalu ada dengan saya setiap masa. Terima kasih kerana
selalu membuatkan saya gembira dan rasa bahagia.
Terima kasih juga sebab
kadang-kadang bertukar menjadi jahat, namun kasih sayang dan cinta itu tidak
pernah terhakis. Semoga hubungan kita akan kekal sampai bila-bila. Saya berjanji
akan memberikan anak kepada awak, umpamanya penuh satu pasukan di padang bola.
Itu janji saya.
Majlis nikah pasangan itu
akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang disusuli
majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club,
Pulau Pinang.
Majlis resepsi sebelah
pihak Sam pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala
Lumpur dan majlis meraikan peminat pada 20 Februari.
0 Response to ""SAYA JANJI BERIKAN SAM ANAK RAMAI MACAM PASUKAN BOLA SEPAK" - SYATILLA MELVIN"
Post a Comment