Beijing: Malang bagi seorang lelaki yang cuba
menyorokkkan wang berjumlah 3,800 yuan (RM2,500) daripada isterinya di dalam
kuilt apabila ia musnah dimamah anjing rakannya.
Anjing jenis golden retriever bernama Hali itu
memakan wang itu ketika lelaki berkenaan sedang tidur di rumah mereka di Lushun,
lapor Huanqiu.com.
Sebaik terjaga mereka melihat anjing itu di
sisi mereka dengan wang nota 100 yuan berteraburan di kelilingnya.
Isterinya terus bertanya dari mana datang wang
itu menyebabkan lelaki terbabit terpaksa mengaku ia miliknya yang disorok di
dalam selimut tebal di bilik tidur tetamu.
Dia tidak menyangka Hali yang dijaga sepanjang
ketiadaan rakannya akan memakan wang itu.
Bagaimanapun, isterinya tidak marah sebaliknya
menganggap kejadian itu kelakar.
0 Response to "Sembunyikan Duit Tapi Dimakan Anjing"
Post a Comment