KUALA LUMPUR, 17 Jan —
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berkemungkinan menolak tawaran tajaan
pemilik syarikat kosmetik, D'Herbs Holding Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri
Kamarzaman kerana beberapa syarat “pelik” yang sukar ditunaikan.
Laporan Harian Metro yang
memetik sumber dalaman FAS turut mendedahkan, Aliff Syukri mengenakan beberapa
syarat tambahan sehingga berjumlah 41, menjadikannya enam syarat lebih banyak
berbanding yang dikemukakan usahawan Qu Puteh kepada pasukan
Kelantan.
“Sebenarnya beliau ada
mengemukakan syarat tambahan dengan menjadikannya kini berjumlah 41 syarat,”
kata sumber dilapor akhbar itu hari ini, merujuk kepada Aliff
Syukri.
“Lebih enam syarat
daripada apa yang dikenakan Qu Puteh ke atas pasukan Kelantan.”
Pemilik syarikat Vida
Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman menaja The Red Warriors sebanyak RM16
juta bagi dua musim dan mengenakan 33 syarat tambahan, selepas Persatuan Bola
Sepak Kelantan (KAFA) bersetuju mengecat stadium kepada warna merah jambu dan
menukar nama pasukan itu.
Akhbar itu sebelum ini
melaporkan beberapa syarat pelik dikemukakan D’Herbs sehingga mengundang rasa
tidak puas hati penyokong setia skuad The Red Giants.
Antaranya menukar warna
jersi pasukan kepada hijau, pemain Selangor juga perlu melakukan gaya “Terlajak
Gol” setiap kali gol dijaringkan, dan stadium dicat warna hijau, tetapi telah
dinafikan Aliff Syukri.
“Berdasarkan kepada
perbincangan awal dalam kalangan pihak pengurusan, mungkin kami terpaksa menolak
tajaan itu kerana syarat dikenakan agak sukar untuk dipenuhi.
“Ini kerana FAS lebih
mengutamakan soal jati diri dan pasukan Selangor yang selama ini menjadi tunjang
kepada keutuhan dan kekuatan pasukan,” katanya.
Kata akhbar itu lagi,
penolakan tawaran “terlajak laris” itu akan diumumkan dalam masa
terdekat.
“Namun jika boleh
mengurang atau membatalkan beberapa syarat, kemungkinan kami sedia
mempertimbangkan semula tajaan mereka. Apa pun terpulang kepada D'Herbs untuk
menukar syarat itu,” kata sumber itu lagi.
0 Response to "TERLAJAK 41 SYARAT 'PELIK', SELANGOR BAKAL TOLAK TAWARAN D'HERBS"
Post a Comment