Seorang wanita warga Jepun yang baru
selesai membeli-belah cedera akibat diseret seorang penunggang motosikal yang
meragut beg tangannya dalam kejadian di hadapan pintu utama sebuah kompleks
beli-belah di Bangsar semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.55 petang itu, mangsa berusia 37 tahun dalam perjalanan ke tempat letak kereta berhampiran premis tersebut.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor berkata, ketika sedang berjalan mangsa tiba-tiba dihampiri suspek yang menunggang motosikal Yamaha LC 135 yang kemudiannya bertindak menarik beg tangannya.
Menurut beliau, akibat itu, mang-sa terjatuh dan terseret hingga mengalami kecederaan di lengan kiri dan paha.
“Mangsa yang membuat laporan polis selepas kejadian memberitahu tidak dapat mengecam wajah suspek memandangkan lelaki terbabit memakai topi keledar bertutup penuh.
“Mangsa mengalami kerugian kira-kira RM3,000 kerana beg tangannya mengandungi kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kad kredit dan sejumlah wang tunai,” katanya.
Mengulas lanjut, Shahrul Othman memberitahu, pihaknya kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis terbabit bagi mengesan suspek.
“Selain itu, kita juga turut meneliti semua CCTV yang terdapat di sepanjang laluan yang dilalui suspek sebelum dan selepas kejadian,” ujarnya.
sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/wanita-warga-jepun-cedera-diseret-peragut-bermotosikal-1.179415#

0 Response to "Wanita Jepun Cedera Di Ragut Di Bangsar"
Post a Comment