Pernah mendengar tentang masjid Djin?
Yang nyata, aku dengar
dari Sirah Rasululullah SAW mengenai sekumpulan Jin yang terpesona dengan bacaan
quran dari Rasulullah lantas mereka memeluk islam.
Untuk memperingatkan
pengislaman kumpulan Jin ini Rasulullah telah membina masjid khusus dan dikenali
sebagai Masjid Al Jin. Terletak ±1 km sebelah utara dari Masjidil Haram dan di
Barat makam Ma’la . Ia juga dikenali sebagai Masjid
Haras(Penjaga).
Di Masjidil Haram pula,
ada satu lagi tiang unik yang dipanggil ‘Tiang Jin’. Ketika Masjidil Haram
sedang dibina, tiang jin tersebut telah dicari oleh jin untuk dipasang di masjid
tersebut.
Tiang
JIN
Mereka yang boleh jumpa
tiang ini mungkin boleh nampak alam jin. Kononnya siapa memeluk tiang jin ini
semasa orang lain wukuf di arafah akan menjadi tuan jin. (Tok sah dok buat kot,
khurafat tu)
Di Indonesia juga ada
masjid yang dibina oleh Jin.
Dimalaysia tidak kurang
juga cerita-cerita misteri yang dikaitkan dengan jin ini. Tapi fokus aku ialah
ke sebuah kampung di Sungai Besar yang mana masjidnya dikaitkan dengan
Jin.
Kebetulan melalui kawasan
Sungai Besar lantas aku singgah ke Kampung Panchang
Bedena bagi melihat senibina lama sebuah masjid yang kini di
letak di bawah seliaan Muzium negeri Selangor (atas keunikkan
senibinanya).
Masjid ini mula dibina
sekitar tahun 1905 dengan melalui beberapa perubahan dan tambahan. Kini ia
dibina semula dan diperbaharui dengan mengekal ciri-ciri traditional. Tidak
pasti samada ia masih digunakan lagi oleh penduduk.
Ia dikaitkan dengan
misteri dari cerita penduduk kampung(kononnya) yang pernah bersua dengan makhluk
yang dipercayai Jin dan mendengar zikir dialun dari masjid ini pada waktu
malam.
Cerita misterinya pernah
dimuatkan dalam majalah bercorak kisah misteri iaitu Variasari pada Bulan Julai
2004. Entahlah, aku tidak mau mengiakan atau menafikan kerana Jin adalah makhluk
Allah dan ada juga yang beriman. Seperti Firman Allah : Tidaklah
Kami ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepada-Ku." (Adz-Dzariyat
[51]: 56).
Aku berminat dengan
senibina lama dan sering merakamkan gambar-gambar masjid atau rumah lama sebagai
sebahagian dari koleksiku jadi sudah semestinya masjid ini menjadi salah satu
subjekku.
Aku meninjau keseorangan
ke kawasan dan masjid ini dengan menghayati senibina dan mengambil beberapa
keping gambar, cuma pada satu ‘tempat’ bulu ‘kudukku’meremang secara
tiba-tiba… WALLAHUAKLAM.
Sabak Bernam: Beralih
tempat, terdengar suara berzikir, bunyi tapak kaki berjalan dan seperti
diperhatikan antara pengalaman dilalui jemaah masjid lama di Kampung Panchang
Bedena, dekat sini.
Masjid yang diberi gelaran
penduduk setempat dengan nama ‘Masjid Jin’ itu dan mempunyai pelbagai kisah
misteri sejak dibuka pada 1905 terletak lapan kilometer dari Pekan Sungai
Besar.
Pengerusi Jawatankuasa
Masjid Lama Panchang Bedena Shamsul Kamar Samad, 43, berkata, masjid yang
usianya lebih 100 tahun itu sememangnya menampilkan keunikan tersendiri terutama
dari segi seni bina.
“Pembuatan daripada kayu
dan reka bentuk seperti rumah yang mempunyai serambi ini menyerlahkan lagi
keistimewaannya.
“Disebabkan masjid ini
unik dan memaparkan ciri tradisional, ia diletakkan oleh Kerajaan Selangor di
bawah pemantauan Muzium Negeri sebagai Harta Warisan Negara,”
katanya.
Peta lokasi: Klik gambar
untuk pic lebih besar
Masih kelihatan pembesar
suara
Tampak dari
verandahnya
Senibina yang
diperbaharui/perbaiki
Gambar lama: Masjid ini
pada tahun 1905
0 Response to "KISAH MISTERI MASJID YANG BERGEMA ALUNAN ZIKIR DARI JIN"
Post a Comment