Masih ingat Afiq Muiz bekas kekasih Eina Azman yang pernah derhaka dengan ibunya, inilah 3 foto wajah sebenar teman wanita barunya

Pernah menafikan gosip mereka mempunyai hubungan istimewa, pelakon Afiq Muiz akhirnya mengakui bahawa beliau dan Miera Leyana kini sedang hangat bercinta.


Afiq melakukan pendedahan tersebut menerusi portal mStar Online kerana beliau tidak mahu dituduh sebagai penipu apabila merahsiakan percintaan mereka yang terjalin sejak sama-sama terlibat didalam drama bersiri Memori Cinta Suraya.

"Saya tidak mahu orang benci dan tuduh saya penipu kerana sorok-sorok tentang hubungan kami. Orang ramai pun selalu nampak kami keluar bersama sambil pegang tangan, macam mana nak sorok lagi.

Kami bercinta sejak penggambaran drama bersiri Memori Cinta Suraya tahun lalu, kira-kira lapan bulan lalu."

Walaubagaimanapun, lain ceritanya dengan Miera dimana beliau tetap menafikan sedang intim bersama Afiq. Namun, Afiq tidak berkecil hati kerana tahu kekasihnya itu mempunyai alasannya tersendiri.

"Saya tidak kecil hati kalau dia ingin menafikan hubungan tersebut kerana saya tahu dia ada sebab tertentu untuk berbuat demikian. Dia perlu menjaga banyak hati dan keluarga. Maklumlah kami hanya bercinta sahaja tiada ikatan yang sah pun dan takut juga jika ianya putus di tengah jalan."

Masih lagi dalam fasa mengenali hati budi masing-masing, Afiq dan Miera masih belum merencana untuk bertunang mahupun berkahwin buat masa ini. Malah, Afiq juga belum bertemu dengan keluarga Miera dan menyerahkan soal berkenaan kepada ketentuan takdir.

Tidak pelik pun kalau seseorang artis itu merahsiakan kisah percintaan mereka meskipun dapat dihidu oleh media sebelum ini. Apa-apa pun, semoga Afiq Muiz dan Miera Leyana bahagia siapa tahu mungkin ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin.









Sumber: beautifulnara

0 Response to "Masih ingat Afiq Muiz bekas kekasih Eina Azman yang pernah derhaka dengan ibunya, inilah 3 foto wajah sebenar teman wanita barunya"

Post a Comment