
SHAH ALAM: Pelakon filem
Appalam, Raja Ilya mengakui dia hampir mahu membunuh diri akibat tertekan kerana
putus tunang selepas gambar kontroversinya bersama seorang lelaki tersebar
hampir dua tahun lalu.
Raja Ilya, 27, berkata,
tindakan itu dibuat selepas tunangnya nekad meninggalkannya akibat menerima
tekanan daripada pihak keluarga lelaki yang malu dengan penyebaran gambar
itu.
“Ketika gambar itu
disiarkan dalam sebuah akhbar saya sebenarnya telah mempunyai kekasih lain dan
kami telah pun bertunang.
“Saya telah diberi kata
dua oleh keluarga tunang sama mahu memilih kerjaya sebagai pelakon atau pun
bersama tunang? Jadi, saya membuat keputusan untuk mengorbankan kerjaya saya
semata-mata untuk bersama tunang ketika itu.
“Tetapi isu gambar
tersebut sentiasa dibangkitkan sehingga tunang saya memutuskan tali pertunangan
kami awal tahun lalu.
“Akibat daripada kejadian
itu saya menjadi tertekan sehingga menyebabkan saya mengambil pil tidur
berlebihan. Perbuatan buruk saya itu menyebabkan nyawa saya hampir-hampir
melayang,” ujarnya kepada mStar Online selepas ditemui pada sidang media majlis
pelancaran drama bersiri Mana Hilangnya Juwita di sini pada Isnin.
Tambah Raja Ilya, akibat
perbuatan itu, hampir dua minggu dia terlantar di hospital kerana menghadapi
masalah buah pinggang.
“Alhamdulillahlah saya
kembali pulih dan saya sedar itu adalah tindakan ***** yang pernah saya lakukan,
katanya.
Dalam pada itu, Raja Ilya
mengakui telah bergaduh besar dengan seorang wartawan yang menyiarkan gambar
tersebut selepas setahun menyimpan perasaan marah.
Dia terserempak dengan
wartawan tersebut dalam sebuah kapal terbang semasa ingin ke sebuah
destinasi.
“Saya tidak faham mengapa
dia ingin berbuat begitu kepada saya sehinggakan hidup saya hampir-hampir
musnah.
“Ketika itu juga pelbagai
masalah menimpa diri saya tambahan pula emak saya disahkan menghidap kanser.
Bayangkan perasaan saya ketika itu. Memang saya bertekak dengan dia dan dia
berjanji untuk membersihkan nama saya. Saya akan pegang pada janji itu,”
ujarnya.
Sementara itu, Raja Ilya
berkata, dia sudah bersedia untuk kembali bangkit dan membina nama sebagai
pelakon yang disegani di negara ini.
Katanya, cukuplah setahun
setengah dia membazirkan masa dengan bersembunyi dan setia kepada lelaki yang
tidak menghargai cintanya.
“Saya sudah tidak kisah
apa yang orang ingin kata tentang saya kerana apa yang penting keluarga tahu apa
yang saya buat.
“Sekarang adalah masa
untuk memperkenalkan kembali nama saya yang sudah tercalar,”
katanya.
Raja Ilya bakal muncul
dalam sebuah drama bersiri berjudul Mana Hilangnya Juwita di saluran Astro Ria
bermula 9 Julai ini, pukul 10 malam.
0 Response to "PANAS!! RAJA ILYA MENGAKU HAMPIR BUNUH DIRI KERANA PUTUS TUNANG"
Post a Comment