Semalam Ustaz Kazim Elias telah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia
(HUSM) di Kubang Kerian selepas mengadu sakit dada ketika memberi ceramah di
Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) jajahan Bachok, Gunong.
Namun begitu, doktor telah mengesahkan penceramah bebas itu bukan
diserang sakit jantung tetapi kerana terlalu penat.
Difahamkan, Ustaz
Kazim yang tiba di Kelantan petang semalam dari Terengganu, dijadualkan
menyampaikan ceramah agama selama dua jam bermula 9 malam, anjuran Lembaga
Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).
Timbalan Pengurus (Pembangunan) KADA,
Nik Ruslan Idrus, berkata sebaik naik ke pentas dan memulakan ceramah tidak
sampai lima minit, Ustaz Kazim terpaksa menghentikan ceramah kerana sakit dada.
"Ustaz Kazim sempat memohon maaf kepada orang ramai kerana tidak dapat
meneruskan ceramah seperti yang dijanjikan kerana perlu ke hospital dengan
segera.
"Ustaz Kazim di bawa ke Klinik Kesihatan Gunong sebelum dirujuk
ke HUSM," ujarnya yang terpaksa menggantikan penceramah dari KADA bagi tidak
menghampakan orang ramai.
Nik Ruslan berkata, keadaan Ustaz Kazim ketika
tiba di lokasi sudah nampak kurang sihat dan wajahnya pucat, namun masih mahu
meneruskan ceramah.
"Ustaz Kazim ada memaklumkan dia sepatutnya ke
hospital untuk membuat rawatan, namun menangguhkan kerana sudah berjanji untuk
berjumpa dengan penduduk di Bachok," jelasnya.
Sementara itu pembantu
peribadinya, Annuar Mat Taib berkata, Ustaz Kazim masih mendapatkan rawatan di
hospital Universiti Kubang Kerian.
"Mohon semua untuk sama-sama
mendoakan keadaan uztaz, beliau masih mendapatkan rawatan di hospital.
"Setakat ini keadaan beliau dilaporkan agak stabil sebarang perkembangan
akan saya maklumat," katanya.
Kami mendoakan agar Ustaz Kazim segera
sihat.
Sumber: myartis
0 Response to "PATUTLAH! Rupa-rupanya ini punca sebenar Ustaz Kazim Elias tiba-tiba masuk Hospital... saksikan 5 foto keadaan terkini Ustaz"
Post a Comment