Pelajar kolej diperkosa selepas tukar minuman


KUCHING 2 Feb. – Seorang pelajar kolej berusia 17 tahun mendakwa dirogol seorang lelaki tidak dikenali setelah menukar gelas minuman keras bersamanya di sebuah pub di Travillion Mall, Jalan Petanak kelmarin.

Menurut Pemangku Ketua Polis daerah, Superintenden Ernest John, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa yang sedang minum bersama dua lagi rakan perempuannya didatangi suspek bersama rakan yang duduk bersebelahan meja mereka.

Katanya, mangsa yang telah menukar gelas minuman keras setelah diminta suspek mengesyaki sesuatu telah dimasukkan ke dalam minuman berkenaan.

“Pelajar ini mendakwa tidak sedarkan diri selepas meminum-nya dan apabila sedar mendapati dirnya berada dalam kereta suspek yang sedang merogolnya.

“Mangsa cuba melawan namun ditampar pipi sebelah kirinya oleh suspek sehingga pengsan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ernest berkata, tidak berapa lama kemudian rakan wanita mangsa menemukannya dalam kereta suspek dan menyelamatkannya.

“Bagaimanapun, suspek yang merupakan seorang warden asrama kolej telah menyerah diri kemudian dan membuat laporan polis memberitahu bahawa semasa kejadian mangsa dalam keadaan mabuk dan separuh sedar.

“Dia juga mengaku merogol dengan kerelaan mangsa dalam keretanya setelah membawanya berehat ke situ,” jelasnya.

Beliau berkata, suspek dan mangsa selepas itu telah tidur dalam keretanya sebelum tiba-tiba dua orang rakan mangsa datang menyatakan teman lelakinya sedang mencari.

“Dua lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba datang dan menghampiri kereta suspek dalam keadaan marah dan cuba menyerang suspek namun berjaya melarikan diri dengan keretanya.

“Siasatan lanjut sedang dibuat dengan kawad cam dan bantuan forensik serta pakar kaunseling,” ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dirogol-lepas-tukar-minuman-1.186378#sthash.sj6pBRLe.dpuf

0 Response to "Pelajar kolej diperkosa selepas tukar minuman"

Post a Comment