Assalamualaikum dan
selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca yang dikasihi. Bunyi tajuk
ni memang pelik. Tapi sebenarnya tak pelik pon sebab dah dibuat kajian bahawa
Isteri yang tidur dibawah ketiak suami dengan berbantalkan lengan suaminya dapat
memberikan kebaikan dan manfaat dari segi kesihatan. Tak percaya? Jom baca
artikel kajian dibawah ini.
Dari bancian ke atas 10 ribu
pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri
yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.
Dan hanya tinggal 21.7% sahaja
isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia
perkahwinan. Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari
ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa
damai dan tenang? Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari
celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.
Jadi para isteri semua,
ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi,
hampirkan hidung di celahan ketiaknya. Tidak di nafikan anda akan peroleh
pengalaman yang cukup rilex dan tenang. Ianya tanda bahawa bau phero suami anda
sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya
perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…
FAKTA….
Serius….
Dan
dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan
tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena
tidur.
Dan
peringatan untuk lelaki/suami, janganlah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit
atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di
senangi wanita.
Jadi…pada isteri-isteri semua,
anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami? Suami-suami semua, adakah anda
cukur licin ketiak atau biarkan berbulu?
Sumber
0 Response to "Rahsia Dan Kebaikan Tidur Celah Ketiak Suami"
Post a Comment